KOTA BELUD: Sejumlah RM5 juta diperuntukkan Tekun Nasional sebagai pembiayaan mikro sehingga RM5,000 bagi usahawan pasar tamu melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata skim berkenaan dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1,000 penerima manfaat yang terdiri daripada golongan usahawan tamu yang memfokuskan perniagaan secara informal (peniaga kecil-kecilan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Itu sebab kita sediakan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu ini untuk membantu mereka.
"Kita tahu mereka ini tidak ada lesen perniagaan dan merupakan usahawan informal. Mereka layak dan merekalah sasaran kita untuk dibantu melalui skim ini", ujar Ewon ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran SPUT di Dewan Kadamaian Square Taginambur, di sini, pada Sabtu.
Jelasnya lagi inisiatif tersebut diperkenalkan oleh (KUSKOP) melalui agensinya Tekun setelah meneliti suara dan permintaan golongan usahawan pasar tamu.
Beliau turut berharap agar skim tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan tamu dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini selain mampu meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan tersebut.
"Skim ini kita bangunkan kerana idea ini datangnya daripada mereka. Mereka tanya saya apa kementerian boleh bantu.
"Maka kementerian melalui agensi kita, Tekun Nasional telah pun mewujudkan Skim Pembiayaan Usahawan Tamu Sabah ini dan sudah tentunya harapan saya agar penjaja, peniaga, serta usahawan informal di tamu ini menggunakan sepenuhnya skim ini", tambah Ewon
Usahawan di bawah SPUT juga akan turut dilindungi di bawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri di bawah PERKESO.
Sejak diwujudkan pada 1998 hingga Februari 2023, Tekun telah menyalurkan pembiayaan kepada 548,473 usahawan dengan nilai RM8.17 bilion di seluruh negara.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Mar 18 2023
![SPUT: Tekun peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu SPUT: Tekun peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679203792_TBBIAYAjpg.jpg)
Ewon Benedick menyampaikan cek pembiayaan kepada salah seirang penerima di Dewan Kadamaian Square Taginambu. - Astro AWANI
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736938121_TBNivasRagavan.jpg)
Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI
Peruntukan RM100 juta menerusi TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat India menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif.
![Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736759374_TBTEKUN.jpg)
Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon
Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) berjaya diturunkan kepada sekitar sembilan peratus setakat ini.
![TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726979990_TBEWON.jpg)
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
![PM sentiasa utamakan kejayaan, kemajuan komuniti India - Ramanan PM sentiasa utamakan kejayaan, kemajuan komuniti India - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709368698_RamananRamakrishnan.jpg)
PM sentiasa utamakan kejayaan, kemajuan komuniti India - Ramanan
Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani permasalahan dan hala tuju masyarakat India dalam negara cukup konsisten dari masa ke semasa.
![Masyarakat India tidak pilih calon ikut warna kulit - Ramanan Masyarakat India tidak pilih calon ikut warna kulit - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718974721_TBRamanan.jpg)
Masyarakat India tidak pilih calon ikut warna kulit - Ramanan
Datuk R. Ramanan berkata masyarakat India tidak akan memilih calon yang bertanding pada pilihan raya dengan hanya melihat kepada warna kulit semata-mata.
![Tekun Nasional salur bantuan lebih 30,000 usahawan informal, mikro seluruh negara - Ewon Tekun Nasional salur bantuan lebih 30,000 usahawan informal, mikro seluruh negara - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
Tekun Nasional salur bantuan lebih 30,000 usahawan informal, mikro seluruh negara - Ewon
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyasarkan untuk menyalurkan bantuan kepada kira-kira 33,300 usahawan informal dan mikro di seluruh negara pada tahun ini.
![Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702825534_RamananRamakrishnan.jpg)
Status MITRA akan diumumkan Perdana Menteri - Ramanan
Status MITRA sama ada kekal di bawah pentadbiran JPM atau sebaliknya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
![TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698652914_TBKUSKOP.jpg)
TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan
TEKUN Nasional membantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara bagi memenuhi keperluan modal perniagaan.
![Dana tambahan TEKUN Nasional usaha murni, namun perlu tambah baik - Pakar ekonomi Dana tambahan TEKUN Nasional usaha murni, namun perlu tambah baik - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626245988_AhmedRazmanAbdulL.jpg)
Dana tambahan TEKUN Nasional usaha murni, namun perlu tambah baik - Pakar ekonomi
TEKUN Nasional telah memperuntukkan jutaan ringgit pembiayaan kepada usahawan informal serta mikro yang layak.
![Tambahan RM200 juta dana usahawan di bawah TEKUN Nasional Tambahan RM200 juta dana usahawan di bawah TEKUN Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678782974_EwonBenedick.jpg)
Tambahan RM200 juta dana usahawan di bawah TEKUN Nasional
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada Khamis mengumumkan dana tambahan sebanyak RM200 juta bagi pembiayaan usahawan informal dan mikro di bawah TEKUN Nasional.