BANGKOK: "Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.
Adik Eva dan ahli keluargaya merupakan penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321 yang mengalami gelora udara ekstrem secara tiba-tiba dan mengakibatkan pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, di sini Selasa lepas.
Eva, 47, seorang pakar acara dari Pulau Pinang berkata, adiknya Khoo Boo Leong, 38, dan keluarga isterinya sedang dalam lawatan berkumpulan selama 10 hari di Eropah dan memutuskan untuk melanjutkan perjalanan mereka ke London sebelum pulang ke Malaysia dengan SIA.
"Adik saya memberitahu saya, dia terpelanting dari tempat duduknya, dan kepalanya terhantuk pada kompartmen beg tangan sebelum jatuh ke lorong laluan semasa penerbangan itu mengalami gelora udara.
Tetapi keadaannya tidak bertambah baik sejak dimasukkan ke hospital, dan dia menjalani ujian penglihatan hari ini selepas melihat warna berbeza, dengan warna gelap kelihatan lebih cerah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Samitivej Srinakarin di sini pada Isnin.
Eva berkata, adik iparnya Saw Rong, 33, yang sedang hamil dua bulan tidak dapat tidur selama beberapa hari kerana kesakitan dan doktor menjelaskan bahawa dia mengalami kecederaan pada tulang belakang T5 yang menghubungkan banyak saraf dan mungkin menyebabkan lumpuh kekal jika tidak dirawat dengan betul.
"Jumaat lepas, dia (Saw Rong) akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan tulang belakang selepas menolak untuk melindungi bayinya. Dia (Saw Rong) telah berjaya menjalani pembedahan tulang belakang tetapi kini masih dalam kesakitan kerana dia masih enggan mengambil ubat atau penahan sakit kerana tidak mahu membahayakan bayinya," katanya.
Walaupun pasangan itu kini boleh mengambil makanan lembut, Eva berkata Boo Leong masih tidak boleh berjalan seperti biasa manakala Saw Rong masih perlu memakai alat sokongan dan mula berjalan dengan bantuan peralatan perubatan.
"Saya telah berada di sini untuk membantu mereka sejak Rabu lepas dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan di Malaysia berdoa untuk pemulihan mereka yang cepat. Saya akan terus mengunjungi kuil dan tokong di sini untuk berdoa agar mereka pulih dan dibenarkan pulang segera," katanya.
Selain adik dan adik iparnya, Eva berkata keluarga Saw Rong juga berada di dalam SQ321 termasuk bapa, Saw Kwang Chye, makcik, Saw Ai Hwa, sepupu perempuan Geh Yi Wei, sepupu lelaki Geh Yi Shen dan rakan keluarga Ko It Tze.
Dia berkata daripada semua mereka, hanya dua orang sepupu yang dibenarkan keluar minggu lepas manakala selebihnya masih menjalani pemulihan daripada kecederaan.
Mengenai bila kesemua mereka akan dibenarkan keluar, Eva berkata dia tidak pasti berapa lama keluarganya akan berada di hospital Bangkok, tetapi dia merasa lega kerana boleh berada di sini untuk mereka.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata sehingga petang 26 Mei, 10 rakyat Malaysia daripada penerbangan SQ321 sedang dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan Hospital Samitivej Sukhumvit.
Beliau berkata dua orang sudah dibenarkan keluar dan seorang kini berada di wad biasa di Hospital Samitivej Sukhumvit, manakala enam lagi rakyat Malaysia masih dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin.
"Pada masa ini, semua pesakit berada di luar bahaya, dalam keadaan stabil dan tiada lagi rakyat Malaysia di ICU dan mereka telah dipindahkan ke wad biasa. Kami akan terus memantau keadaan mereka dan menawarkan bantuan kami bila diperlukan," katanya, sambil menambah bahawa salah seorang kru kabin SIA yang juga rakyat Malaysia telah dibenarkan pulang ke Singapura untuk rawatan lanjut.
Penerbangan SQ321 membawa 211 penumpang dan 18 kru sedang dalam penerbangan dari London ke Singapura apabila ia mengalami gelora udara ekstrem secara tiba-tiba di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 11,277.6 meter, kira-kira 10 jam selepas berlepas.
Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan, dan pesawat Boeing 777-300ER itu dilencongkan an ke Bangkok, mendarat pada pukul 3.45 petang waktu tempatan pada Selasa.
Kejadian itu mengakibatkan satu kematian dan sejumlah penumpang cedera. Pengarah Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Kittipong Kittikachorn berkata mangsa yang maut merupakan seorang lelaki British berusia 73 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Eva berkata, adik iparnya Saw Rong, yang sedang hamil dua bulan, tidak dapat tidur selama beberapa hari kerana kesakitan. - Foto Eva Khoo
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.

Asap putih pada enjin pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Narita
Asap putih dilaporkan dari enjin sebuah pesawat penumpang, sejurus selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Isnin.

Tukang gunting rambut didakwa tipu wanita dapatkan pekerjaan sebagai pramugari
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalahatas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dalam mendapatkan pekerjaan pramugari.

SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.

Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.

SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.

Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Beberapa penumpang penerbangan Singapore Airlines yang cedera parah selepas pesawat itu mengalami gelora udara memerlukan pembedahan tulang belakang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SQ321: Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, stabil tetapi dipantau rapi - Duta
Tiga penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) yang merupakan rakyat Malaysia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada yang berada dalam keadaan kritikal.