KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn Bhd tidak akan mengalami kerugian membabitkan pelaburan berjumlah RM3.6 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) jika Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak selaras dengan nasihat Lembaga Pengarah syarikat itu.
Bekas Pengarah SRC International Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, 75, berkata ini kerana operasi syarikat berkenaan sedikit luar biasa jika dibandingkan dengan syarikat tersenarai awam lain kerana pada akhirnya keputusan akan dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
"Sebenarnya, Lembaga Pengarah ada menasihati pihak pengurusan yang mendakwa berkomunikasi secara langsung dengan Najib untuk mencairkan pelaburan itu semasa USD mengukuh.
"Sekiranya Najib bertindak selaras dengan nasihat Lembaga Pengarah, saya amat yakin syarikat tidak akan mengalami sebarang kerugian atau sekurang-kurangnya boleh mengurangkan jumlah kerugian... justeru itu, tindakan menyalahkan saya dan Ahli Lembaga Pengarah lain adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan tidak mempunyai asas," katanya.
Beliau berkata Najib terlibat dalam meluluskan resolusi pemegang saham syarikat itu yang mengarahkan SRC International memindahkan RM3.6 bilion kepada SRC BVI, sebagai antara pelan pelaburan syarikat," katanya sambil menambah beliau tidak mempunyai kuasa untuk membantah rancangan pelaburan kerana ia telah diputuskan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Che Abdullah berkata demikian dalam pernyataan saksi dan ketika disoal oleh peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Muhammad Shafee pada perbicaraan kes saman US$1.8 bilion yang difailkan SRC International terhadap bekas Perdana Menteri itu dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan Nik Faisal Ariff Kamil.
Saksi itu juga berkata beliau tidak terlibat dalam permohonan pembiayaan atau kelulusannya kerana ia sudah diluluskan ketika Che Abdullah menyertai syarikat tersebut dan beliau juga tidak tahu tujuan SRC International memperoleh pinjaman itu.
"Penglibatan saya hanyalah meluluskan resolusi pemegang saham yang dibentang kepada Lembaga Pengarah. Saya tidak fikir Lembaga Pengarah boleh menyanggah resolusi itu kerana ia mengatasi keputusan Lembaga Pengarah... lagipun, Najib terlibat dalam meluluskan resolusi itu," katanya.
Selain itu, beliau berkata Lembaga Pengarah menerima arahan yang jelas daripada pemegang saham iaitu Najib melalui sepucuk surat bahawa SRC International tidak seharusnya campur tangan dalam operasi SRC BVI.
Menjelaskan apa yang berlaku kepada RM3.6 bilion itu, Che Abdullah berkata Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa telah diberikan taklimat oleh seorang pegawai Bank BSI mengenai status pelaburan itu malah pada satu ketika apabila USD mengukuh, beliau telah meminta agar pelaburan itu dicairkan dalam tempoh setahun.
"Memandangkan langkah mencairkan pelaburan itu tidak berlaku maka saya telah meletak jawatan daripada syarikat. Apabila kami meminta Nik Faisal membawa pulang wang itu, beliau memberikan pelbagai alasan seperti kadar mata wang yang rendah dan saya amat tidak berpuas hati dengan Nik Faisal kerana beliau gagal membawa pulang wang terbabit," katanya sambil menambah sepanjang berkhidmat di syarikat itu, beliau tidak pernah bertemu dengan Najib atau bercakap dengan bekas Perdana Menteri itu secara peribadi.
Nik Faisal, yang dipercayai melarikan diri dari Malaysia, adalah antara individu yang diberi mandat sebagai penandatangan SRC International.
Untuk rekod, SRC International membuat pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada KWAP antara 2011 dan 2012, dan sebahagian besar daripadanya iaitu RM3.6 bilion telah dipindahkan ke akaun bank Switzerland dan dibekukan ketika ini oleh pihak berkuasa negara itu.
Sebelum ini, SRC telah menggugurkan lima bekas pengarah termasuk Che Abdullah daripada saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka dalam saman yang failkan SRC International terhadap beliau.
SRC, di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.
SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Sebelum ini, SRC telah menggugurkan lima bekas pengarah termasuk Che Abdullah daripada saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal. - Gambar fail/Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.

UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.

'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.

Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.