KUALA LUMPUR: Para pengamal media, khususnya wartawan yang sering membuat liputan mahkamah di sini, pastinya benar-benar terasa benar dengan pemergian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru hari ini.
Editor Meja Mahkamah Bernama Suriati Sidek Ahmad berkata, mendiang banyak membantu wartawan semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan, dan juga semasa mengendalikan kes sebagai peguam.
"Perkara yang amat diingat pastinya semasa mendiang menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
"Suaranya yang tegas pernah meminta kami, para wartawan yang duduk di galeri awam di mahkamahnya, supaya tampil duduk di tempat yang dikhaskan kepada peguam sekiranya tempat itu tidak diduduki sesiapa.
"Kamu wartawan tampil sini dan duduk di depan (tempat duduk peguam). Bagaimana kamu hendak menulis fakta dengan betul jika kamu menulis di atas riba semata-mata, tanpa meja," katanya.
Beliau berkata Sri Ram juga merupakan seorang peguam yang sering memberikan kerjasama dan membantu ramai wartawan yang kurang jelas mengenai sesuatu perkara yang dibangkitkan di mahkamah dalam kes yang dikendalikannya.
"Saya pastinya tidak dapat melupakan kata-katanya: 'Yes young lady how can I help you' semasa diminta memberi penjelasan mengenai kes kendaliannya selepas prosiding mahkamah," katanya.
Berkongsi pengalaman yang sama, wartawan Bernama, Jocelyn Ann Dragon berkata Sri Ram amat disukai ramai, termasuk wartawan yang membuat liputan kes mahkamah, walaupun mungkin nampak begitu tegas, namun mendiang seorang yang baik hati.
"Sebagai peguam dan juga timbalan pendakwa raya kanan, Sri Ram sentiasa bersedia membantu wartawan yang memerlukan bantuannya bagi memberi penjelasan mengenai apa yang berlangsung dalam prosiding mahkamah," katanya.
Mendiang juga memilik sisi lucu, malah ada ketika juga akan bergurau dengan pihak media," katanya.
Seorang lagi wartawan Bernama, N.Sevagamy menggambarkan Sri Ram sebagai "Kamus Bergerak" dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.
"Sekiranya saya ada sebarang soalan berkaitan undang-undang, Sri Ram sering menjadi orang pertama yang saya rujuk. Mendiang sangat baik hati, tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang perundangan.
"Apabila tokoh berumur 79 tahun ini melangkah masuk ke mahkamah, mendiang sering menjadi perhatian media, dengan ilmu pengetahuannya yang luas, dan perkara-perkara yang dibangkitkannya di mahkamah sering menjadi tajuk utama berita pada hari berkenaan.
"Beliau adalah ikon yang tiada galang ganti, dan pemergiannya bukan sahaja satu kehilangan besar kepada badan kehakiman tetapi juga kepada kita semua," kata Sevagamy.
Bagi V. Anbalagan yang mengenali Sri Ram selama 20 tahun, katanya sebagai peguam, Sri Ram sangat banyak membantu memastikan wartawan memahami sesuatu perkara itu sebelum melaporkannya.
Beliau berkata Sri Ram akan memberikan dokumen berkaitan kepada wartawan dan mengambil inisiatif memberi penjelasan secara mudah.
"Beliau juga akan menjelaskan intipati penghakiman selepas mahkamah menyampaikan penghakiman yang agak rumit.
"Sebagai hakim, mendiang akan memastikan wartawan mendapat butir-butir penghakiman daripada setiausahanya secepat mungkin, bukan keesokan harinya.
"Beliau benar-benar memahami kerjaya wartawan. Walaupun selepas prosiding mahkamah diadakan dalam talian, mendiang banyak membantu dalam memberikan penghujahan bertulis sebelum perbicaraan sebenar bermula," kata wartawan portal berita itu.
Wartawan The Edge Abdul Hafiz Mohammad Yatim pula berkata Sri Ram dikenali sebagai hakim yang mengiktiraf peranan media sebagai tonggak kekuataan keempat (fourth estate) dalam negara, dan akan melayan wartawan yang membuat liputan kes mahkamah atau ketika berada di dalam bilik mahkamah dengan penuh hormat.
"Apabila berada di mahkamahnya ketika mengetuai panel Mahkamah Rayuan, apabila melihat beberapa wartawan di galeri awam, mendiang akan meminta, atau membenarkan mereka duduk di tempat peguam di hadapan galeri awam jika kerusi itu tidak diduduki.
"Ketika membuat liputan kes mahkamahnya, dia tidak kisah untuk meluangkan masa tambahan bagi menjawab soalan wartawan dan menerangkan dalam bahasa mudah untuk difahami dan dilaporkan.
"Pemergiannya secara mengejut adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada badan kehakiman, dan kelompok bidang perundangan, tetapi juga kepada kami wartawan yang amat mengenalinya kerana mendiang juga akan menasihati kami secara peribadi untuk menjaga diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Para pengamal media, khususnya wartawan yang sering membuat liputan mahkamah di sini, pastinya benar-benar terasa benar dengan pemergian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang meninggal dunia pada Ahad. - Gambar fail
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.

Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.

10,000 buku bernilai RM9 juta milik Gopal Sri Ram diserah kepada perpustakaan UM
Koleksi yang dinamakan sebagai "Koleksi Peribadi Mendiang Hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram" itu disumbangkan oleh Datin Seri Chandra Sri Ram kepada UM.

Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.

Tommy minta masa lantik peguam baharu susulan kematian Sri Ram
Tommy Thomas akan melantik peguam baharu untuk mewakilinya dalam kes saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan Malaysia.

Perbicaraan 1MDB ditangguhkan susulan kematian Gopal Sri Ram
Ini bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung pada Selasa.

Sri Ram benar-benar faham tugas media, sentiasa sedia membantu
Mendiang banyak membantu wartawan semasa menjadi Hakim Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan, dan juga semasa mengendalikan kes sebagai peguam.

Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.

Rayuan Najib ditolak, Sri Ram kekal ketuai pasukan pendakwaan kes pinda laporan audit
Gopal Sri Ram akan kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib Razak.

Muhammad Shafee mohon maaf kepada Mahkamah Tinggi, Sri Ram
Permohonan maaf itu susulan amaran Sri Ram kepada Muhammad Shafee kerana menuduh pendakwaan sembunyi maklumat surat transaksi wang.