KUALA LUMPUR: Kehadiran legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) musim ini, bukan sekadar pemasaran untuk melonjakkan nama pasukan.
Sebaliknya, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata pihaknya bertekad untuk bekerja keras mengembalikan prestasi pelumba dari Itali itu seperti di era kegemilangannya bagi meraih kemenangan podium dan memberi tentangan sengit kepada pencabar Kejuaraan Dunia.
"Saya tak nak tumpang popularitinya sahaja, kita nak cabar diri sendiri untuk membuat Rossi lebih berdaya saing, itu objektif utama kita. Sasaran untuk beliau musim ini adalah cuba mendapat (kemenangan) podium, raih kemenangan dan beri saingan sengit kepada pelumba lain untuk mengejar Kejuaraan Dunia.
"Kita akan tolongnya supaya selesa dalam persekitaran baharunya sebab ini kali pertama beliau beraksi dalam pasukan satelit. Tetapi kita yang profesional akan buat terbaik untuk jadikannya berdaya saing dan beri saingan kepada yang lain di Kejohanan Dunia," kata Razlan dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama pada Isnin.
Beliau berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 sejak awal tahun lepas, pihaknya juga tidak mempunyai masa untuk menilai pelumba muda lain kerana musim bermula pada Julai, jadi adalah lebih selamat untuk mengambil Rossi yang berpengalaman luas dan mampu meraih kemenangan podium, berbanding mengambil risiko membariskan pelumba muda.
Juara dunia sembilan kali (tujuh dalam kelas MotoGP) itu, secara rasminya telah diperkenalkan sebagai pelumba baharu untuk musim 2021 pada majlis pelancaran pasukan yang diadakan secara maya semalam.
Turut dilancarkan jentera Yamaha YZR-M1 yang tampak garang dengan warna hitam dan hijau yang sinomim dengan syarikat minyak dan gas nasional, Petronas.
Rossi yang membuat kemunculan pertama MotoGP pada 2002, akan berganding dengan naib juara musim lalu, Franco Morbidelli yang bersama pasukan itu sejak musim pertama pada 2019, manakala Fabio Quartararo menggantikan Rossi di pasukan pengilang, Yamaha.
Razlan juga yakin gandingan Rossi, yang juga merupakan mentor kepada Morbidelli akan mewujudkan persaingan yang menarik dan sihat, kerana kedua-dua pelumba sudah lama mengenali satu sama lain dan berlatih bersama-sama.
"Ia bukan satu persekitaran dengan Rossi dicabar oleh rakan sepasukannya seperti Maverick Vinales dan sebagainya, saya percaya beliau lagi selesa dengan Morbidelli. Sebelum ini pun Morbidelli pernah mengatasi Rossi beberapa kali.
"Jadi saya percaya mereka tetap akan berlawan satu sama lain, mungkin dengan cara yang berlainan berbanding orang lain dengan menggalakkan satu sama lain melakukan yang terbaik.
"Ini satu kelebihan, saya lihat bakal memberikan kelebihan kepada kedua-dua pelumba," katanya.
Mengulas lanjut, Razlan berkata Rossi akan menggunakan jentera pengilang Yamaha YZR-M1 manakala Morbidelli akan tampil dengan "A-spec Plus" jentera berkenaan.
Beliau turut menjelaskan tiada pengubahsuaian dan penambahbaikan dapat dilakukan pada jentera tahun ini berikutan pandemik COVID-19, dengan pembangunan enjin dan aerodinamik dibekukan.
"...yang boleh tukar ialah casis dan benda-benda lain, jadi kita akan gunakan jentera yang sama seperti tahun lepas bagi dua pelumba ini berikutan kewangan dan talian pengeluaran Yamaha yang ketat.
Namun saya percaya Morbidelli tidak mempunyai kekurangan kerana beliau mampu bersaing untuk Kejuaraan Dunia tahun lalu dan menamatkan saingan di tempat kedua dengan menggunakan jentera yang sama," katanya.
Pasukan Petronas Yamaha SRT muncul "Top Independent Team" dan pasukan keempat terbaik keseluruhan, dengan Quartararo meraih gelaran "Rookie of the Year" dan "Top Independent Rider" pada penyertaan sulung MotoGP pada 2019.
Musim lepas, pasukan MotoGP pertama dari Malaysia itu, terus cemerlang apabila Morbidelli meraih tempat kedua, manakala pasukan berkenaan sekali lagi merangkul gelaran "Top Independent Team" selain enam kemenangan perlumbaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021
![SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/61572682258_AhmadRazlan.jpg)
Datuk Razlan Razali berkata pihaknya bertekad untuk bekerja keras mengembalikan prestasi pelumba dari Itali itu seperti di era kegemilangannya bagi meraih kemenangan podium. - Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738878458_TBmotogp.jpg)
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
![MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738797857_TBmotogp.jpg)
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
![MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731903412_TBMotoGP.jpg)
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
![Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730677325_MotoGP.jpg)
Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.
![MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730652507_tbFrancescoBagnaia.jpg)
MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.
![PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024 PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730621462_TBANWARMOTOGP.jpg)
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
![Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730540632_AzhanShafrimanHani.jpg)
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
![MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730546759_TBCEDERAGRANDPRIX.jpg)
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.
![MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730526249_TBGRANDPRIX.jpg)
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
![FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717633944_QabilIrfan.jpg)
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.