KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bercadang untuk menyemak semula nilai ambang kriteria kelayakan bagi pengecualian audit bagi kategori syarikat persendirian tertentu.
SSM dalam satu kenyataan berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif dengan menerbitkan Dokumen Konsultasi berhubung Cadangan Semakan Kriteria Pengecualian Audit bagi Syarikat Persendirian di Malaysia.
Ia berkata, kriteria kelayakan bagi pengecualian audit telah diperkenalkan pada 4 Ogos 2017 Arahan Amalan No. 3/2017 selaras dengan polisi untuk mengurangkan beban pematuhan dan pentadbiran yang dihadapi oleh syarikat kecil dalam mematuhi kehendak Akta Syarikat 2016.
"Bagi memastikan objektif polisi kekal relevan dan bermanfaat, SSM mencadangkan agar nilai ambang kriteria kelayakan pengecualian audit dinaikkan bagi membolehkan lebih banyak syarikat terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapat manfaat daripada polisi ini," katanya semalam.
SSM berkata, kriteria kelayakan baharu dicadangkan akan merangkumi tiga kategori syarikat swasta iaitu syarikat dorman,syarikat sifar pendapatan dan syarikat berkelayakan nilai ambang.
Ia berkata syarikat dorman perlu dorman sejak diperbadankan atau dorman dalam tempoh 2 tahun kewangan untuk layak mendapat pengecualian audit manakala syarikat sifar pendapatan tidak mempunyai pendapatan pada tahun kewangan semasa dan 2 tahun kewangan terdahulu dengan jumlah aset tidak melebihi RM500,00 dalam tempoh yang sama.
SSM berkata bagi syarikat berkelayakan nilai ambang, cadangan kriteria kelayakan termasuk mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1 juta semasa tahun kewangan dan 2 tahun kewangan terdahulu dengan jumlah aset tidak melebihi RM1 juta dan mempunyai tidak lebih daripada 30 pekerja dalam tempoh yang sama.
Buat masa sekarang, katanya, syarikat persendirian boleh mengenepikan keperluan daripada diaudit sekiranya kriteria kelayakan sedia ada dipenuhi.
Dokumen konsultasi boleh diakses melalui Portal SSM dan semua platform media sosial rasmi SSM.
Oleh itu, SSM mempelawa komen berhubung dokumen konsultasi melalui emel kepada [email protected] sebelum 28 Februari 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
SSM berkata, kriteria kelayakan baharu dicadangkan akan merangkumi tiga kategori syarikat swasta iaitu syarikat dorman, syarikat sifar pendapatan dan syarikat berkelayakan nilai ambang.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat bayar bonus diri sendiri
Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan.
Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS
Terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang masih ragu-ragu untuk menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa 1 Dis ini.
SSM siasat GISB, pendaftaran syarikat boleh dibatal jika langgar peraturan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut menjalankan siasatan terhadap syarikat Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya.
JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.
SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt untuk memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Pindaan Akta Syarikat jamin masa depan cerah syarikat berdepan isu kewangan
Nor Azimah berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif untuk menambah baik perundangan membabitkan ketelusan dan tadbir urus.
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Raih RM140 juta, SSM serbu skim pelaburan haram Kenaf Development Fund
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu beberapa premis syarikat amanah yang menganjurkan skim pelaburan haram dikenali sebagai Kenaf Development Fund (KDF), semalam.