Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSPCA) Sarawak bercadang membuka klinik pemandulan berkos rendah untuk kucing dan anjing peliharaan orang ramai tahun ini bagi membantu membanteras penyakit rabies.
Presiden SSPCA Sarawak, Datin Donna Drury-Wee berkata klinik itu juga diharapkan dapat membantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
"Ini (klinik pemandulan berkos rendah) sudahpun mendapat kelulusan secara prinsipnya dari (Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan II Sarawak), Datuk Amar Douglas Uggah dan (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian," katanya ketika menerima kunjungan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke rumahnya sempena perayaan Tahun Baharu Cina di sini, pada Ahad.
Beliau berkata hanya dengan memandulkan haiwan peliharaan terbabit baharulah populasi anjing dan kucing liar di jalanan negeri ini dapat dikurangkan dan seterusnya membantu pihak berkuasa mengawal penyakit rabies daripada merebak.
"Rabies juga didapati menyerang setiap kali musim mengawan. Ini kerana ketika itulah haiwan peliharaan terbabit keluar dan berkelahi sesama sendiri semasa berebut pasangan dan juga menyebarkan penyakit terbabit,"katanya.
Sehubungan itu, Donna menyeru orang ramai di negeri ini untuk menghantar haiwan peliharaan mereka itu ke klinik itu yang akan dikendalikan sukarelawan veterinar dan selain di bandar, mereka juga akan dihantar dan membuka klinik itu di pekan-pekan kecil negeri ini.
"Ini kerana ketika operasi vaksinasi rabies (di seluruh negeri ini sebelum ini ), Jabatan Veterinar memberitahu kami yang ada banyak rumah panjang (di luar bandar) telah meminta perkhidmatan memandulkan haiwan peliharaan itu,"katanya.
Menurutnya pihaknya juga akan mendapatkan peruntukan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membuka klinik pemandulan berkos rendah terbabit di seluruh Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 26 2020

Hanya dengan memandulkan haiwan peliharaan terbabit baharulah populasi anjing dan kucing liar di jalanan negeri ini dapat dikurangkan. - Gambar hiasan
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Taman Sentosa pada Jumaat.

Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.

Patah tangan dan kaki angkara anjing
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.

Anjing bertuan serang, kejar murid ketika berjalan ke sekolah
Hasil siasatan awal mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.