SHAH ALAM: Stadium Shah Alam bakal dirobohkan mengikut jadual ditetapkan atau selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek tersebut kini di fasa menunggu kebenaran merancang untuk diluluskan.
"Stadium akan diroboh awal atau akhir Oktober, kalau tidak mungkin awal November. Itu sasaran kita.
"Insya-Allah, kita akan mulakan perobohan tahun ini dan akan siap pada 2026," katanya semasa Ekspo Hartanah Selangor anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor di Central I-City di sini pada Sabtu.
Amirudin sebelum ini memaklumkan proses perobohan Stadium Shah Alam bakal bermula awal Oktober ini selepas terpaksa ditangguhkan dari jadual asal iaitu bermula bulan ini atas sebab-sebab tertentu.
Katanya, walaupun proses permulaan bermula sedikit lewat namun, jangkaan siap sepenuhnya masih pada 2026.
Stadium Shah Alam yang juga bangunan ikonik terletak di Seksyen 13 itu mula dibuka pada 1994 sebelum ditutup pada 2020 berikutan berhadapan pelbagai masalah terutama membabitkan bumbung stadium.
Stadium tersebut yang merupakan rumah kepada Selangor FC akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).
Projek dianggarkan RM787 juta itu boleh memuatkan kira-kira 35,000 hingga 45,000 penonton yang turut dilengkapi pelbagai kemudahan.
Stadium yang mempunyai ciri-ciri moden itu juga boleh menjadi 'venue' acara dalaman kerana padang terbabit mempunyai teknologi 'retractable pitch' iaitu bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.
Selain itu, aspirasi stadium itu memberi kemudahan kepada aktiviti sukan dan rekreasi berasaskan komuniti, kelestarian dan keusahawanan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023
![Stadium Shah Alam dirobohkan Oktober atau awal November ini Stadium Shah Alam dirobohkan Oktober atau awal November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41696068917_Stadiumshahalam.jpg)
Stadium Shah Alam yang juga bangunan ikonik terletak di Seksyen 13 itu mula dibuka pada 1994 sebelum ditutup pada 2020 berikutan berhadapan pelbagai masalah terutama membabitkan bumbung stadium. - Gambar/ FB Selangor Fanatik Official
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717687626_TBKSSA.jpg)
Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.
![Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025 Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700560305_tbAmirudinShari.jpg)
Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025
Pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
![MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700560305_tbAmirudinShari.jpg)
MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta
Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.
![Stadium baharu Shah Alam lebih moden Stadium baharu Shah Alam lebih moden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664668335_KOMPLEKSSukanShah.jpg)
Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.
![Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657553739_TBStadiumShahAlam.jpg)
Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar
Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.
![Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581160177_TBStadiumShahAlam.jpg)
Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Tiga pemeriksaan telah dilakukan pihak MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.
![Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459679844_StadiumShahAlam.jpg)
Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.
![Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519106666_KRajagobal.jpg)
Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.
!['Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia 'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553602610_PialaAsia.jpg)
'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.
![5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB 5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51509803275_MBJB.jpg)
5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB
Dataran MBJB berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.