Pencapaian calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di seluruh negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan terutama dari sudut Gred Purata Nasional (GPN) dan bilangan pelajar mendapat keputusan Mumtaz (cemerlang).
Di SELANGOR, GPN peperiksaan STAM 2015 meningkat 0.11 mata iaitu 2.33 berbanding 2.44 pada 2014, kata Pengarah Pelajaran Negeri Zainureen Mohd Noor.
Beliau berkata 89 calon memperoleh keputusan Mumtaz, 236 Jayyid Jiddan (sangat baik), 149 Jayyid (baik) dan 21 calon Maqbul (lulus) daripada 526 pelajar yang menduduki peperiksaan itu.
Di PAHANG, seramai 663 pelajar atau 81.55 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul untuk 10 mata pelajaran yang diambil daripada keseluruhan 813 calon.
Keputusan itu meningkat 6.41 peratus atau 119 calon berbanding 2014 dengan 544 pelajar atau 75.14 peratus lulus semua mata pelajaran daripada 720 yang menduduki peperiksaan.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Mohd Razali Mustafar berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz pada 2015 menunjukkan peningkatan kepada 68 orang atau 8.36 peratus berbanding 49 orang atau 6.81 peratus pada 2014.
Di NEGERI SEMBILAN, 24 calon mendapat sijil pangkat Mumtaz.
Pengarah Pendidikan Negeri Rusni Ab. Jalil berkata daripada 24 orang calon itu, empat orang calon mendapat 10A+ (strait A) bagi semua 10 mata pelajaran yang diduduki.
Di SARAWAK, 11 daripada 27 calon peperiksaan STAM layak memperoleh sijil STAM.
Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon berkata 27 calon berkenaan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud di Sadong Jaya.
"Daripada 11 pelajar yang layak mendapat sijil itu, lapan calon memperoleh Jayyid dan tiga calon mendapat Maqbul," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Di PULAU PINANG, seramai 115 atau 50.22 peratus daripada 229 pelajar mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul untuk 10 mata pelajaran, dengan tujuh calon mendapat sijil pangkat Mumtaz.
"Seramai 32 orang calon pula mendapat sijil pangkat Jayyid Jiddan, 56 orang calon mendapat sijil pangkat Jayyid dan 20 orang mendapat sijil pangkat Maqbul," kata Pengarah Pendidikan Negeri Shaari Osman.
Di PERLIS, negeri itu mencatat 63.2 peratus kelulusan dalam peperiksaan STAM 2015 iaitu penurunan sebanyak 3.75 peratus berbanding tahun 2014 iaitu 66.95 peratus.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Perlis, Rusli Md Zain berkata pencapaian GPN meningkat sebanyak 0.05 peratus kepada 3.18 peratus berbanding 3.23 peratus pada 2014.
Seramai tiga calon memperoleh keputusan keseluruhan Mumtaz, 16 pangkat Jayyid Jidan, 22 pangkat Jayyid dan 14 Maqbul di semua sekolah swasta dan kerajaan di negeri itu, katanya.
Di JOHOR, seramai 30 daripada keseluruhan 738 calon yang menduduki STAM 2015 di negeri itu memperoleh pangkat Mumtaz.
Pengarah Pendidikan Johor Aminudin Adam berkata jumlah calon yang memperoleh pangkat Mumtaz hingga Maqbul adalah seramai 392 orang berbanding 329 calon pada 2014, meningkat sebanyak 11.02 peratus.
GPN bagi negeri itu juga menunjukkan peningkatan 0.20 mata iaitu 3.07 bagi tahun 2015 berbanding 3.27 mata pada tahun 2014.
Di TERENGGANU, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata 13 orang daripada 118 calon STAM di negeri itu mendapat keputusan Mumtaz.
Katanya GPN bagi tahun 2015 ialah 2.42 mengatasi GPN 2014 iaitu 3.08.
Di MELAKA, seramai 56 daripada keseluruhan 72 calon peperiksaan STAM 2015 memperoleh sijil sekurang-kurangnya Maqbul, meningkat dua orang berbanding tahun lepas.
Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Yaakub Md Amin berkata enam pelajar memperoleh sijil Mumtaz dengan dua daripadanya mencapai Mumtaz atau pangkat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Di KELANTAN, seramai 126 pelajar memperoleh keputusan Mumtaz, 337 pelajar Jayyid Jiddan, 616 pelajar Jayyid dan 137 pelajar Maqbul.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Fadzli Hassan berkata seramai 1,853 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu 1,250 calon lulus sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam 10 mata pelajaran.
Di KEDAH, negeri itu mencatat peningkatan 10.36 peratus bagi pencapaian calon secara keseluruhan manakala peratus kelulusan dalam peperiksaan STAM pada tahun 2015 adalah sebanyak 58.28 peratus dengan jumlah calon seramai 489 orang.
Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah Datuk Azuyah Hassan berkata jumlah calon yang memperoleh sijil STAM 2015 dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (Lulus) ialah sebanyak 49 orang iaitu 10.02 peratus.
"Jumlah calon yang mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) pula mencatatkan peningkatan sebanyak 13.5 peratus dengan 66 calon berbanding 8.31 peratus dengan 26 calon pada tahun sebelum itu," katanya.
Di PERAK, seramai 302 pelajar atau 63.3 peratus daripada 477 calon lulus dalam 10 mata pelajaran dalam peperiksaan STAM 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata keputusan itu meningkat empat peratus berbanding 242 pelajar atau 59.3 peratus lulus semua mata pelajaran daripada 408 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun sebelumnya.
Beliau berkata calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid Jiddan (sangat baik) meningkat 31 orang manakala Jayyid (baik) dan Maqbul (lulus) pula masing-masing meningkat 22 orang dan sembilan orang berbanding 2014.
"Pada tahun ini, dua sekolah mendapat 100 peratus lulus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah di Kampung Gajah dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah di Tanjung Piandang," katanya.
Bernama
Thu Jan 21 2016

Para pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Sekolah Maahad Ahmadi di Gemencheh bergambar selepas menerima keputusan mereka hari ini. - Foto Bernama
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, lebih 2,000 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.

SPM 2021: GPN 4.86 mata, 55.29 peratus lulus semua mata pelajaran
Peratus calon layak terima sijil SPM, dengan syarat lulus BM dan Sejarah, adalah sebanyak 88.09 peratus, atau 336,630 orang calon.

Pejuang terbuka jalin kerjasama dengan parti yang bersih dan ikhlas - Tun Mahathir
sebuah portal melaporkan terdapat gerakan untuk mewujudkan satu gabungan politik dikenali sebagai Gerakan Pejuang Nasional (GPN) yang diketuai Dr Mahathir.

STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.

Keputusan SPM 2020 catat GPN 4.80, terbaik dalam tempoh 5 tahun - Radzi Jidin
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Keputusan SPM pemudah cara ke peringkat pengajian seterusnya - Perunding kerjaya
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 merupakan pemudah cara untuk peringkat pengajian yang seterusnya dan bukan penentu hidup bagi calon-calon yang terlibat.

SPM 2017: 'Jumlah A bukan perkara utama' - Pengetua SMK CBN
Jumlah A di atas kertas keputusan SPM bukanlah segala-galanya kerana perkara yang lebih penting ialah keperibadian para pelajar.

SPM 2017: GPN meningkat 0.15 berbanding 2016
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 menunjukkan pencapaian lebih baik dengan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 0.15 berbanding tahun 2016.

STAM 2015: GPN, jumlah pelajar cemerlang meningkat
Pencapaian calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di seluruh negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Keputusan UPSR2014: Jumlah pelajar dapat semua A menurun
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata prestasi murid dalam UPSR tahun ini memperlihatkan penurunan 0.02 mata dalam Gred Purata Nasional.