BANTING: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding pada 2021 iaitu 3.15, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Berucap ketika mengumumkan keputusan Peperiksaan STAM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah hari ini, beliau berkata bagi gred purata sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) pula adalah 2.91 berbanding tahun 2021 iaitu 2.92, iaitu peningkatan sebanyak 0.01.
"Pencapaian peperiksaan STAM bagi sekolah KPM telah menunjukkan kualiti yang lebih baik. Saya percaya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru, penyediaan kemudahan bilik darjah yang kondusif, bekalan buku teks dan lain-lain keperluan yang menyokong proses pembelajaran murid," katanya.
Katanya calon peperiksaan STAM Tahun 2022 yang berdaftar adalah 4,634 orang meliputi calon sekolah KPM seramai 1,363 orang; Sekolah Menengah Agama Negeri (1,941 orang); Sekolah Menengah Agama Rakyat (259 orang); Sekolah Menengah Swasta (36 orang) dan calon persendirian (1,035 orang).
Fadhlina berkata sijil peperiksaan STAM bukan sahaja diiktiraf untuk kemasukan ke program Ijazah Pertama di Universiti Al Azhar Al Sharif, Mesir tetapi juga untuk kemasukan ke universiti tempatan.
"Sijil STAM turut mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Ini bermakna pemegang sijil STAM juga layak untuk memasuki pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam seperti pemegang sijil STPM," katanya.
Sehubungan itu, katanya beliau amat menyokong dan menggalakkan murid-murid yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Timur Tengah, khususnya di Universiti Al- Azhar Al Sharif mahupun universiti tempatan, untuk meneruskan hasrat mereka tanpa ragu kerana hala tuju dan laluan masa hadapan yang cerah sedia menanti.
Berhubung isu tular di media sosial yang mendakwa seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) telah dipindahkan dan diturunkan gred kepada guru biasa di sekolah baharu, Fadhlina menjelaskan tidak timbul isu penurunan gred.
"Tidak tepat laporan itu, saya fikir kita telah melaksanakan proses kerja itu dengan cukup cermat dan berhati-hati dan kita ambil kepentingan semua pihak dan ini adalah proses (perpindahan) biasa.
"Masyarakat mungkin tidak faham tentang isu gred perguruan sebab itu saya kata proses kerja atau proses penukaran dan perpindahan ini, proses kerjanya tidak ada masalah. Tiada isu mengenai dia diturunkan pangkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Fadhlina berkata sijil peperiksaan STAM bukan sahaja diiktiraf untuk kemasukan ke program Ijazah Pertama di Universiti Al Azhar Al Sharif, Mesir tetapi juga untuk kemasukan ke universiti tempatan. - Gambar fail

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

STAM 2022 catat peningkatan dengan gred nasional 3.13
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding pada 2021 iaitu 3.15.