PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama bekas guru sekolah itu ketika kematiannya ke mahkamah sivil.
Hakim Datuk S.Nantha Balan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, melontarkan saranan itu ketika mendengar rayuan yang dikemukakan oleh balu Raguram dan dua anak mereka.
"Bukankah lebih sesuai jika isu ini dibicarakan sepenuhnya," katanya sambil menambah bahawa MAIS mahupun keluarga Raguman boleh memfailkan permohonan berhubung perkara itu.
Nantha Balan, yang bersidang bersama-sama Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Choo Kah Sing, berkata mahkamah menyerahkan perkara itu kepada kedua-dua pihak untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dan bagaimana mereka akan meneruskan kes tersebut sambil menambah bahawa ia adalah isu sensitif serta mempunyai pelbagai implikasi dalam beberapa bidang.
"Saya rasa saya perlu menjelaskan perkara ini sekiranya ia masih berlegar-legar dalam fikiran sesiapa bahawa panel ini tidak membuat sebarang keputusan. Kami hanya menggalakkan pihak berkaitan untuk meneruskannya," kata beliau.
Peguam MAIS Arham Rahimy Hariri dan Penolong Penasihat Undang-Undang negeri Khairul Nizam Abu Bakar, yang bertindak bagi pihak Mahkamah Tinggi Syariah serta Kerajaan Negeri Selangor, berkata mereka akan membincangkan perkara itu dengan anak guam masing-masing.
Nantha Balan kemudian menangguhkan prosiding dan menetapkan sebagai pengurusan kes.
Terdahulu, peguam K. Shanmuga yang mewakili M. Rajeswary dan dua anaknya berhujah bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah supaya Raguram dikebumikan mengikut agama Islam dan perintah itu hendaklah dibatalkan.
Beliau berkata MAIS sepatutnya memfailkan saman di mahkamah sivil dan menamakan keluarga Raguram sebagai pihak dalam kes itu sambil menambah bahawa mereka harus menjadi sebahagian daripada mana-mana kes mahkamah dalam isu bagi memutuskan status agama bekas guru tersebut kerana hak Rajeswary sebagai balu terjejas secara langsung.
Katanya MAIS sebaliknya telah membawa kes itu ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah mengisytiharkan bahawa Raguram adalah seorang Muslim dan meminta agar sepina dikeluarkan kepada Rajeswary untuk memberi keterangan.
Shanmuga berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sepina itu kerana balu Raguram bukan seorang Muslim.
Rajeswary dan kedua-dua anaknya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Nov tahun lepas yang menolak semakan kehakiman mereka.
Hakim Dr Shahnaz Sulaiman memutuskan bahawa mahkamah sivil tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan sama ada Raguram beragama Islam ketika kematiannya kerana perkara itu jatuh secara eksklusif dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Rajeswary dan anak-anaknya memfailkan semakan kehakiman itu pada September 2020 yang menamakan MAIS, Mahkamah Tinggi Syariah dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Mereka memohon deklarasi bahawa Raguram beragama Hindu ketika kematiannya dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa untuk menentukan status agamanya.
Keluarga itu turut memohon perintah melarang Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan MAIS menggali semula kubur Raguram.
Raguram telah dikebumikan mengikut adat istiadat agama Hindu pada 15 Mac 2020 dan MAIS memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam keesokan harinya.
Raguram tidak pernah mendaftar dengan pihak berkuasa agama Islam sebagai seorang Muslim dan tiada sijil penukaran agama dikeluarkan kepadanya manakala kad pengenalan menyatakan beliau adalah penganut agama Hindu.
Pada 21 Mei 2020, Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa Raguram adalah seorang Muslim ketika kematiannya dan membenarkan MAIS mengambil tindakan yang perlu untuk mendaftar serta mentadbir penukaran agama Raguram selain mengebumikan jasadnya mengikut agama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

Hakim Datuk S.Nantha Balan, yang mempengerusikan panel tiga hakim, melontarkan saranan itu ketika mendengar rayuan yang dikemukakan oleh balu Raguram dan dua anak mereka. - Gambar hiasan

Pejalan kaki warga emas maut dilanggar di Miri
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan di Jalan Airport, Miri, bahagian utara Sarawak malam tadi.
Consider This: Congestion Pricing (Part 1) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Hizal Hanis Hashim, Head of Corporate Communications and Knowledge Management at the Malaysian Institute for Road Safety Research (MIROS).

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
AWANI Borneo [10/3/2025] – Banjir Sabah & Sarawak | Cetus kekecohan | ASEAN
AWANI Borneo Isnin, 10 Mac 2025 bersama Fauzi Zin.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Sarawak pulih sepenuhnya.
Lelaki mengamuk di gereja ditahan.
Brunei catat peningkatan jumlah pelancong pada 2024.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.

Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.

Keputusan rayuan terhadap perintah mahkamah kembalikan status agama Islam wanita ditangguh
Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya berhubung rayuan seorang wanita terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.

Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.

Wanita fail kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah kembalikan status agamanya
Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan MAIS dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula status wanita itu sebagai seorang Islam.

Permohonan MAIS dapatkan kebenaran rayu kembalikan status agama 5 beradik ditolak
Penukaran agama lima anak seorang lelaki mualaf pada 2018 tanpa persetujuan ibu bukan Islam kekal tidak sah.

Isu status agama: Wanita kahwini pemain hoki India akan dipanggil - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata wanita itu akan dipanggil sebaik sekembalinya ke Malaysia.

Lindsay Lohan berhijab tapi kembali semula ke Hollywood
Selepas mengumumkan bakal melancarkan jenama hijabnya minggu lalu, Lindsay Lohan kembali semula ke Hollywood dengan rancangan televisyen baharu. Apa agenda dia sebenarnya?