KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Dis sebagai pengurusan kes bagi mengetahui status mediasi berhubung ganti rugi berjumlah RM345,305 yang perlu dibayar sebuah syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Al-Yahya.
Peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata tarikh hari ini dilapangkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang selama empat minggu mulai 9 Nov hingga 6 Dis depan.
"Disebabkan PKPB, semua sesi ditangguhkan. Pengurusan kes ditetapkan pada 23 Dis (untuk status mediasi) di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar," menurutnya menerusi aplikasi WhatsApp.
BACA: Awal Ashaari disaman akibat keluarkan kenyataan fitnah
Pada 8 Sept lepas, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan.
Jika kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar rayuan D'Haja bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang dibuat pada 27 Mac 2019.
Pada 3 April 2019, D’Haja memfailkan rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Awal, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, dan isterinya Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir terhadap syarikat itu berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan tersebut.
Pasangan selebriti itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D'Haja.
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah turut memerintahkan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 serta faedah sebanyak lima peratus bermula dari tarikh pemfailan sehingga pembayaran penuh dan kos RM5,000 kepada kedua-dua plaintif.
Mahkamah Sesyen turut membenarkan tuntutan balas D’Haja dan memerintahkan pasangan selebriti itu membayar RM55,000 selepas mendapati mereka memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi tersebut ke Brunei.
Menerusi saman yang difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha berkata mereka telah memasuki kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon dengan D’Haja pada 11 Okt 2016 selama dua tahun iaitu sehingga 10 Okt 2018.
Bagaimanapun, mereka mendakwa D’Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan sejumalah 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Pada 8 Sept lepas, Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya pihak yang terlibat berbincang untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi secara baik menerusi mediasi tanpa melalui proses rayuan. - Foto BERNAMA

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.