KOTA BHARU: Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal sejak lahir bukan penghalang kepada seorang guru, Zawati Yusoff, 52, untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa.
Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2 itu berkata beliau mula berkecimpung dalam bidang perguruan sejak 21 tahun lepas bagi mendidik pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada golongan OKU.
Tidak memiliki kedua-dua lutut hanya paha dan betisnya bersambung, Zawati berkata kekurangan dirinya itu seakan menjadi 'satu kelebihan' baginya dalam memahami kerenah pelajar.
"Mengajar anak-anak pendidikan khas ini, ia satu tanggungjawab yang berat memandangkan mereka perlu diajar mengikut kesesuaian masing-masing.
"Memiliki kesabaran yang tinggi antara sebab saya mampu mengatasi kesukaran untuk mendidik pelajar pendidikan khas yang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sindrom Down, lembam dan hiperaktif," katanya kepada Bernama di rumahnya di Kampung Chekok, Jalan Rambutan Rendang, di sini baru-baru ini.
Bercerita lanjut, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu mengakui bergelar seorang pendidik berstatus OKU bukan perkara yang mudah selain turut berdepan dengan masalah kesihatan.
"Saya mudah mengalami kekejangan kaki apabila berjalan jauh, berdiri dalam tempoh terlalu lama dan sebagainya.
"Sudah menjadi lumrah apabila kekejangan kaki sebaik sahaja tiba di kelas namun itu tidak menjadi masalah bagi saya meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran," katanya.
Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata matlamat beliau hanya satu iaitu mendidik pelajar kurang bernasib baik untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat setanding pelajar normal.
"Apa yang menggembirakan hati saya sebagai seorang guru adalah apabila dapat melihat anak didik mampu berdikari dan 'berdiri sama tinggi' dengan pelajar biasa, selain memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar seterusnya mendirikan rumah tangga.
"Masa hadapan mereka pasti akan cerah jika diberi didikan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab. Saya turut berharap guru-guru khususnya guru Pendidikan Khas supaya tidak jemu dalam mendidik dan melatih pelajar-pelajar ini untuk menjadi insan berguna," katanya.
Penat lelah dan pengorbanan Zawati dalam mendidik anak-anak pendidikan khas selama ini berbaloi apabila beliau menerima Anugerah Guru Cemerlang OKU (Pendidikan) pada 2010, 2016 dan 2019 selain Anugerah Tokoh Zinnirah Al Rumiyah (OKU) daripada Kerajaan Negeri Kelantan tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
Zawati bersama suami Mohammed Zainuddin Derhaman dan anak mereka Muhammad Abdul Hanan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Chekok, Jalan Rambutan Rendang di Kota Bharu, baru-baru ini. -- fotoBERNAMA
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
#Ringkas 7 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Februari 2025
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
[TERKINI] Petronas: Langkah penyusunan semula penting untuk masa hadapan
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar
Dalam zaman yang semakin moden menyaksikan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid.
Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.
Hari Guru: PM Anwar harap guru bantu lonjak martabat negara
Perdana Menteri merayu golongan pendidik untuk memberi kesempatan baharu serta membantu kerajaan dalam melonjakkan semangat rakyat dalam membawa negara ke peringkat tertinggi.
Minat generasi baharu dalam bidang teknologi masih lemah - PM Anwar
Kerajaan menggesa Kementerian Pendidikan untuk mencari jalan terbaik khusus bagi mendidik dan melatih minat generasi baharu dalam bidang teknologi dan sains yang dilihat masih lemah.
Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru
Inisiatif baharu itu turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.
Berita gembira kepada pendidik sempena Hari Guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung esok.
JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.
Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara
Dua anugerah diberikan kepada warga pendidik atas jasanya yang membawa perubahan dan kecemerlangan.