KUALA LUMPUR: Terbuka Malaysia adalah antara kejohanan peringkat teratas dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mulai tahun depan hingga 2026.
BWF mengumumkan bahawa status Terbuka Malaysia telah dinaik taraf daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000, sekali gus menyertai kelab elit seperti Kejohanan All England, Terbuka China dan Indonesia.
Selain itu, Terbuka India dan Singapura kini telah dinaikkan kepada status Super 750, manakala tuan rumah Super 750 sedia ada dari China, Denmark, Perancis, dan Jepun telah mengekalkan status masing-masing.
Australia, Kanada, Finland telah tersenarai sebagai kejohanan jelajah Super 500 dan tuan rumah baharu, Jepun sebaris dengan status kejohanan di Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia (Masters) dan Thailand.
Walau bagaimanapun, hos untuk Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF akhir musim hanya akan diumumkan kemudian, manakala hos Super 100 akan diumumkan secara berasingan.
Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata, pengumuman itu merangkumi proses pembidaan menarik yang menyaksikan minat yang sihat daripada semua pembida hos dan percaya ia akan meningkatkan status badminton di peringkat global.
"Badminton adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di dunia dengan penyertaan tinggi sepanjang masa dan bilangan peminat.
"Lebih banyak kejohanan memberi kami peluang yang hebat untuk meningkatkan jangkauan sukan di seluruh dunia, bukan sahaja di wilayah yang sudah sedia, tetapi juga ke kawasan baharu.
"Kami amat digalakkan dengan penerimaan sejumlah besar bidaan berkualiti tinggi dan itu menjadi petanda untuk siri jelajah yang lebih besar dan lebih baik dalam tempoh empat tahun akan datang. Ia membolehkan lebih ramai pemain sertai kejohanan elit dan memperoleh pengalaman berharga.
"Ia membolehkan kami dapat memberi kepastian terhadap hadiah wang yang lebih menarik, liputan lebih luas di televisyen dan dalam talian. Ini semua menyumbangkan kepada pencarian produk sukan yang bertaraf dunia yang diusahakan," katanya dalam kenyataan pada Ahad malam.
Terbuka Malaysia dianjurkan sejak 1937 diberikan status Super 750 sejak 2018.
Selepas ditangguhkan sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19, Terbuka Malaysia kembali semula tahun ini dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti Malaysia Masters dari 5 hingga 10 Julai di Axiata Arena.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
![Status Terbuka Malaysia setanding Seluruh England mulai tahun depan Status Terbuka Malaysia setanding Seluruh England mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655657817_BWF.jpg)
Selepas ditangguhkan sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19, Terbuka Malaysia kembali semula tahun ini dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti Malaysia Masters dari 5 hingga 10 Julai di Axiata Arena.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan' Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736668153_TanBinShenjpg.jpg)
Bin Shen tetap bangga walaupun tiada 'hadiah perpisahan'
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya di Terbuka Malaysia 2025.
![Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736656447_tbBeregunegara.jpg)
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
![Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736631394_ManWeiChongTeeK.jpg)
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
![Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736630866_AndersAntonsen.jpg)
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
![Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736370621_AaronChiaSohWooi.jpg)
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
![Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736339218_TBBEREGU.jpg)
Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
![Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736288722_ChenTangJieTohE.jpg)
Terbuka Malaysia: Hanya tiga pasangan negara lepasi pusingan pertama
Walaupun sebahagian besar wakil negara terpaksa berputih mata pada hari pembukaan Terbuka Malaysia 2025, tiga pasangan termasuk beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu lela
![Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025 Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735954961_NovaWidianto.jpg)
Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025
Nova berharap anak buahnya dapat membuktikan kelebihan mereka dan memberikan persembahan terbaik.
![Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734056718_tbLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
![Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Skuad kebangsaan mampu raih kejayaan di Terbuka Malaysia - Rexy
Skuad kebangsaan mampu membuka lembaran 2025 dengan kejayaan meraih gelaran Terbuka Malaysia berdasarkan komitmen positif yang dipamerkan setiap pemain.