KOTA KINABALU: Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi terpaksa ditutup susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi Selasa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, penutupan itu dibuat pihaknya atas faktor keselamatan selain memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
"Sabah Electricity mengesahkan berlaku beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan masuk ke Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi yang membawa limpahan air dan bongkahan batu besar yang menimbus jalan masuk dan ‘gate intake’ akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.
"Atas faktor keselamatan, SESB terpaksa menutup operasi stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi," katanya.
Menurut beliau, pelan tindakan kecemasan telah diaktifkan oleh pihak SESB selain berkata semua anggota kerja yang terlibat sewaktu kejadian telah dipindahkan ke tempat selamat.
bagaimana pun, kejadian tersebut menurut Mohd Yakoob tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada Sistem Grid Sabah.
Anggaran nilai kerosakan susulan kejadian tersebut masih dalam proses siasatan.
Dalam kejadian itu, enam kakitangan SESB dikatakan terperangkap di stesen janakuasa yang terletak 5 kilometer daripada pagar utama bangunan.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sabah, kejadian tersebut turut mengakibatkan bahagian pagar utama bangunan stesen janakuasa itu tertimbus selain menimpa beberapa buah kenderaan.
"Kejadian tersebut mengakibatkan bahagian pagar utama bangunan tertimbus dan juga beberapa buah kenderaan dan motosikal.
"Terdapat 6 mangsa lelaki dilaporkan terperangkap di kawasan stesen janakuasa 5 kilometer dari pagar utama bangunan", menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.
Kesemua mangsa dilaporkan ditemui dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan dari kawasan kejadian.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Nov 01 2022

Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi terpaksa ditutup susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi Selasa.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.

Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.

Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.

Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.

65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.

Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan
Setakat ini tiada lagi PPS yang dibuka memandangkan air telah mula surut sekitar pukul 5 petang tadi.

Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan
Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.

Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.

Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut.