IPOH: Sebuah stesen minyak di Tambun dekat sini disyaki terbabit dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi apabila membenarkan seorang pemandu lori mengisi 3,000 liter bahan bakar itu dalam masa sejam melalui 13 transaksi pembelian di stesen berkenaan semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng dekat sini.
Menurutnya, dalam operasi bermula jam 9 pagi itu, didapati pemilik stesen minyak berkenaan mengaku membuat 13 transaksi pembelian diesel kepada seorang pemandu lori yang ditahan.
"Siasatan lanjut telah dilakukan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Pemilik stesen boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana bersubahat menjual secara berulang yang mana melanggar arahan ditetapkan.
"Tindakan syor pembatalan Lesen CSA Runcit barang kawalan minyak diesel juga boleh dikenakan jika didapati bersalah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya melalui risikan dan pemantauan mendapati penyelewengan dikesan dilakukan dengan modus operandi menggunakan sebuah lori bertutup kanvas yang telah diubah suai tangki asal dan membuat pembelian secara berulang di stesen minyak sekitar Ipoh.
"Pemandu akan mengisi minyak diesel ke dalam tangki asal dan kemudian akan disedut ke dalam tangki Kontena Pukal Pertengahan (IBC) di atas lori.
"Siasatan awal juga mendapati, sindiket ini kemudiannya akan menjual minyak diesel ini kepada pasaran gelap yang disyaki melibatkan beberapa syarikat di sekitar Ipoh pada harga yang lebih tinggi," katanya.
Katanya pihaknya menahan pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 215 tahun dan pemilik stor berusia 32 tahun dan merampas diesel, lori, beberapa peralatan seperti tangki IBC, mesin pam, wayar hos dengan nilaain sitaan dianggarkan berjumlah RM 78,933.
Beliau berkata minyak diesel bersubsidi yang dibeli di stesen minyak dengan harga RM2.15 per liter boleh dijual di pasaran gelap pada harga RM3 hingga RM4 per liter mengikut harga pasaran minyak diesel industri.
Katanya kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67
Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman
Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda'.

Terlajak tekan pedal, Myvi rempuh stesen minyak
Siasatan mendapati kenderaan terlibat hilang kawalan selepas melanggar bonggol menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak.

PDAM komited tambah baik kemudahan stesen minyak
PDAM komited untuk meneroka penyelesaian agar seiring dengan visi PM untuk semua pengusaha stesen minyak menambah baik kemudahan di premis mereka.

PM Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.

KPDN Kedah kesan 580 kenderaan isi minyak berulang dalam sehari
KPDN Kedah mengesan 580 kenderaan membuat pengisian minyak secara berulang dalam sehari di beberapa stesen berbeza berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Video tular: Wanita ugut, serang guna buluh di stesen minyak akan didakwa esok
Wanita berusia 42 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar.

KPDN kenal pasti 38 stesen minyak dengan kadar jualan luar biasa
KPDN telah mengenal pasti 38 buah stesen minyak di seluruh negara, yang mencatatkan rekod penjualan minyak diesel serta RON95 secara tinggi dan luar biasa.

SPRM tahan lima individu terlibat sindiket seleweng diesel
SPRM menahan lima individu termasuk empat pengusaha stesen minyak kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan menyeleweng minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan.

Empat lelaki terlibat cubaan samun di lebuh raya diberkas
Kesemua suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang.