PUTRAJAYA: Sebuah stesen minyak dipercayai melakukan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi akhirnya tumpas selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, serbuan dilakukan ke atas stesen minyak yang terletak di Klang pada 7 April lalu.
Menurutnya, ketika serbuan jam 10 malam itu, terdapat sebuah lori tangki sedang mengisi minyak diesel di dalam tangki simpanan di stesen minyak berkenaan.
"Pemandu lori terbabit baru membuat pengisian minyak berjumlah RM250.
"Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori terbabit telah membuat bayaran berjumlah RM1,000 bagi pengisian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Azman berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua kompartmen tangki simpanan mengandungi minyak diesel yang dianggarkan berjumlah 5,000 liter.
Katanya, minyak diesel, lori tangki, satu set dekoder rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan invois berserta dokumen perniagaan yang lain dari stesen minyak berkenaan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM74,862.50 dan lelaki tempatan berusia 60 tahun mengaku pemandu lori tersebut turut ditahan," katanya.
Azman berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut bermula daripada stesen minyak berkenaan sehinggalah ke peringkat pembeli.
"Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 11 2022

Keadaan lori ketika membuat pengisian diesel bersubsidi. -Foto Sinar Harian

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lari tinggal lori, bongkar penyelewengan minyak diesel - KPDN
Dianggarkan terdapat sejumlah 2,800 liter minyak diesel disyaki telah diseleweng bernilai RM6,020 di dalam tangki lori berkenaan.

KPDN tumpaskan aktviti penyelewengan 25,000 liter minyak diesel
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi, menerusi serbuan Ops Tiris di sebuah premis di Rantau, Negeri Sembilan awal pagi, hari ini.

KPDNHEP N.Sembilan tumpaskan kegiatan seleweng diesel
Serbuan pada pukul 1 tengah hari itu turut merampas sebuah lori satu tan, tangki petak dan peralatan untuk kerja pemindahan diesel dengan keseluruhan rampasan bernilai RM55,300.

Stor haram simpan minyak diesel bersubsidi diserbu
Ketika serbuan dilakukan pada jam 5.30 petang, empat lelaki yang sedang melakukan pemindahan diesel cuba melarikan diri, namun mereka berjaya ditangkap.

Stesen minyak seleweng diesel bersubsidi diserbu
Stesen minyak seleweng diesel bersubsidi diserbu