KUALA LUMPUR: Stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) masih rendah iaitu kurang daripada 1,000 stesen yang direkodkan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim.
Beliau berkata Kementerian Sains, Teknolofi dan Inovasi (MOSTI) pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama, tetapi setakat ini jumlah stesen tersebut masih kurang.
"Selain tumpuan di bandar-bandar utama, kita juga dapat permintaan daripada negeri lain bagi membolehkan kenderaan ini berjalan dari negeri ke negeri dan memerlukan kemudahan stesen pengecasan sepanjang jalan.
"Jadi, usaha sedang dilaksanakan kerajaan dengan memanggil semua pihak berkepentingan bagi membolehkan kita melihat bagaimana untuk memperbanyakkan lagi stesen pengecasan," katanya kepada media selepas merasmikan enam van elektrik DHL Express Malaysia hari ini.
Menurutnya MOSTI memberi penekanan terhadap teknologi berkenaan bagi mempercepatkan usaha meningkatkan penggunaan EV sekali gus menangani masalah peningkatan pelepasan karbon dalam negara.
Katanya dalam masa sama pelbagai penyelidikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan negara turut terlibat dalam industri berkaitan komponen EV antara lain berkaitan kemudahan penyimpanan tenaga bateri.
Sementara itu, DHL Express hari ini memperkenalkan enam van elektrik yang akan membuat penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula awal Oktober ini, sekali gus menjadikannya sebagai syarikat penyedia logistik pertama di negara ini beralih ke EV komersial.
Syarikat tersebut juga merancang untuk menambah 55 van elektrik lagi pada tahun depan bagi menjadikan jumlah keseluruhan 61 van di seluruh negara menjelang 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

MOSTI pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama. - Gambar hiasan/Unsplash
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MITI optimis pembuat kenderaan tempatan mampu hasilkan EV nasional pertama menjelang 2025
Kerajaan optimis syarikat pembuat kenderaan tempatan mampu mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) nasional pertama menjelang 2025.

Stesen pengecasan EV masih rendah, kurang daripada 1,000 - MOSTI
MOSTI pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama.