PUTRAJAYA: Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Dalam satu kenyataan hari ini sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap 10 Okt, beliau berkata persepsi negatif tersebut perlu dihentikan dan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu digalakkan untuk mendapatkan rawatan sama seperti penyakit fizikal lain.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mewujudkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental iaitu Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan akses kepada masyarakat bagi perkhidmatan bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling.
Setelah hampir setahun beroperasi, sebanyak 26,139 panggilan telah diterima dengan 16,942 klien atau 65 peratus daripadanya telah menerima bantuan sokongan emosi manakala 9,197 klien atau 35 peratus menerima intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling, katanya.
Memetik data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 berbanding satu dalam lima remaja pada 2019, Dr Zaliha berkata ia menunjukkan trend peningkatan pemasalahan kesihatan mental terutama dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
"KKM terus komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan mental yang terbaik kepada segenap lapisan masyarakat," katanya serta menambah halatuju perkhidmatan kesihatan mental negara akan dipertingkatkan melalui pendekatan platform digitalisasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 berbanding satu dalam lima remaja pada 2019.- Gambar hiasan/Unsplash
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semakin ramai remaja di Itali alami tekanan mental - SIP
Semakin ramai remaja di Itali menunjukkan simptom tekanan mental dan ketagihan kepada teknologi.

Stigma, diskriminasi halang akses rawatan dan penjagaan kesihatan mental
Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik.

PM Anwar seru henti stigma mengenai masalah kesihatan mental
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental.

Penubuhan Pusat Kecemerlangan Nasional Kesihatan Mental langkah terbaik - Perkama
Kesedaran terhadap isu kesihatan mental di negara ini masih lagi rendah malah ramai yang tidak pernah mengambil inisiatif untuk mengambil tahu tahap kesihatan mental mereka.

Berhenti kejap! Jangan lupa luang masa lakukan teknik pernafasan
Google Malaysia memberi peringatan agar orang ramai sentiasa meluangkan masa untuk melakukan teknik pernafasan.

Kesihatan mental: Puteri sulung Agong lancar Green Ribbon Group
Penubuhan itu bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental.

Jaga kesihatan mental, elak stigma, pesan KP Kesihatan
Semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama memperkasakan diri dengan penjagaan kesihatan mental dan menangani stigma terhadap penyakit mental.

Akses kepada bantuan kesihatan mental di kala pandemik perlu dipertingkat
Mengikut laporan WHO, terdapat kira-kira 450 juta penduduk dunia yang mempunyai penyakit mental dan ini merupakan salah satu punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia.

Hari Kesihatan Mental Sedunia: Sayangi nyawa hidupkan harapan
WHO melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.