Stok bekalan ikan negara adalah mencukupi dan konsisten dengan bekalan melebihi permintaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Beliau berkata kedudukan semasa stok bekalan ikan dan hasil laut dalam negara berjumlah 185,000 tan metrik sebulan berbanding dengan keperluan semasa sebanyak 155,000 tan metrik sebulan.
Sehubungan itu, katanya masalah kekurangan bekalan ikan tidak timbul kerana kebenaran telah diberikan kepada nelayan dan keseluruhan rantaian perbekalannya untuk beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Harga ikan di pasaran adalah stabil dan tidak berlaku peningkatan ketara selain kementerian telah mewujudkan pasukan khas bagi memantau isu berkaitan bekalan, harga dan pasaran bahan makanan termasuk hasil laut, katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan di sini, hari ini.
Bagi memudahkan pengguna membeli hasil laut, beliau berkata sebanyak 36 persatuan nelayan di seluruh negara telah menjalankan pemasaran secara terus kepada pengguna.
Che Abdullah menyifatkan Kompleks LKIM Kuantan sebagai pusat kegiatan ekonomi setempat yang produktif dan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti jeti pendaratan, ruang lelong, pasar borong dan tapak pemprosesan.
"Saya difahamkan hasil laut di sini bukan hanya dipasarkan di Pahang, tetapi turut dibeli oleh pemborong untuk jualan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 10 2020
Stok bekalan ikan negara adalah mencukupi dan konsisten dengan bekalan melebihi permintaan. -Gambar fail
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
MTL: Pendaratan ikan berkurangan, DOF pastikan bekalan stabil di seluruh negara
Jabatan Perikanan ambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kestabilan bekalan ikan di seluruh negara ekoran fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
Musim tengkujuh: Tiada kenaikan harga ikan di Terengganu
Tiada kenaikan harga ikan di negeri ini walaupun berdepan musim tengkujuh, kata Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Azman Ibrahim.
Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Bekalan ikan segar mencukupi - LKIM
Pengurangan pendaratan ikan cuma berlaku di negeri-negeri pantai timur, manakala di pantai barat dapat mendaratkan ikan seperti biasa.
Bekalan hasil laut termasuk ikan mencukupi pada musim tengkujuh
Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.
Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.