KUALA LUMPUR: Sejumlah 741 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Wahid Razzaly berkata 554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.
"Dari 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.
"Dari segi analisis calon yang mendapat 5A dan 4A, didapati bilangan calon yang mendapat 5A telah berkurang daripada 42 calon pada peperiksaan STPM 2019 kepada 23 calon dalam peperiksaan STPM 2020.
"Begitu juga dengan bilangan calon yang mendapat 4A dengan PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2020 juga telah berkurang daripada 760 pada tahun 2019 kepada kepada 718 calon," katanya pada sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2020 yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00, iaitu yang mendapat A dalam kelima-lima dan empat mata pelajaran yang diambil telah berkurang daripada 802 calon pada tahun 2019 kepada 741 calon pada tahun 2020, iaitu berkurang sebanyak 61 calon atau 7.61 peratus.
Pada masa sama, beliau memaklumkan pencapaian PNGK calon bandar masih mengatasi PNGK calon luar bandar dengan masing-masing PNGK 2.80 dan 2.78.
"Dari segi perbezaan jurang antara bandar dengan luar bandar pula, didapati perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon luar bandar sama seperti pada peperiksaan
STPM 2019, iaitu beza jurang sebanyak 0.02 mata," ujarnya.
Hadir sama pada sidang media maya itu adalah Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd Fauzi Mohd Kassim.
Mengulas berkenaan PNGK Nasional STPM 2020, Wahid berkata ia telah meningkat dari 2.77 pada tahun 2019 kepada 2.78 iaitu peningkatan 0.01 mata pada tahun 2020.
"Bagaimanapun, dari segi pencapaian calon secara keseluruhannya, pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2019 kerana perbezaan peningkatannya yang sangat kecil, iaitu hanya sebanyak +0.01 mata dan perbezaan peningkatan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2020 secara keseluruhannya berbanding dengan calon STPM 2019.
"Sebanyak 741 calon atau 1.72 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00 dan daripada 741 calon ini, 554 atau 74.76 peratus daripadanya adalah dalam golongan B40.
"Bagaimanapun, bilangan calon yang mendapatkan PNGK 4.00 ini telah berkurangan sebanyak 61 calon daripada 802 calon yang mendapat PNGK 4.00 pada tahun 2019.
Menurutnya, dari segi pencapaian PNGK calon secara keseluruhannya didapati peratusan longgokan calon pada PNGK 3.09 ke atas telah meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020.
Manakala peratusan longgokan calon pada PNGK 3.00 hingga 2.00 didapati telah menurun daripada 51.81 peratus (23,221 calon) kepada 50.97 peratus (21,910 calon) berbanding pada tahun lepas.
Astro Awani
Thu Jul 01 2021

554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40. - Gambar fail

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40
554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.