KUALA LUMPUR: Seramai 874 daripada 42,369 calon mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, daripada jumlah itu seramai 584 calon atau 66.82 peratus adalah golongan B40.
"Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 ini meningkat sebanyak 133 calon daripada 741 calon pada 2020," katanya pada sidang media pengumuman keputusan STPM 2021 yang berlangsung di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Eksekutif MPM, Adnan Husin.
Mengulas lanjut, Mohd Ekhwan yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bagaimanapun berkata, dari segi pencapaian keseluruhan calon, PNGK nasional STPM 2021, iaitu 2.79, dianggap sama dengan pencapaian tahun terdahulu iaitu 2.78 pada 2020.
"Pencapaian ini dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2020 kerana perbezaan peningkatan yang sangat kecil iaitu hanya 0.01 mata.
"Perbezaan peningkatan ini tidak menggambarkan signifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2021 secara keseluruhan berbanding dengan calon STPM 2020," katanya.
Beliau menjelaskan, pencapaian PNGK calon secara keseluruhannya juga menunjukkan peratusan longgokan calon pada PNGK 3.75 ke atas adalah 9.04 peratus, PNGK 3.0 ke atas sebanyak 41.72 peratus, PNGK 2.75 ke atas 55.85 peratus, PNGK 2.0 ke atas sebanyak 88.24 peratus - kesemuanya meningkat berbanding 2020.
"Dengan peningkatan ini, saya percaya tiada halangan lepasan STPM akan diterima masuk ke universiti awam," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mohd Ekhwan berkata buat kali pertama, tiada perbezaan jurang pencapaian antara bandar dengan luar bandar, dengan kedua-duanya memperoleh PNGK 2.79 dalam peperiksaan STPM 2021.
Lebih menggembirakan, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kesemua lima mata pelajaran yang diambil bertambah kepada 36, berbanding 23 pada tahun sebelumnya.
Menyentuh mengenai prestasi mengikut mata pelajaran, beliau berkata, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus iaitu gred C dan ke atas.
Ujarnya, satu mata pelajaran menunjukkan peningkatan dalam prestasi lulus penuh berbanding prestasi pada tahun sebelumnya, melebihi 3 peratus, iaitu mata pelajaran Bahasa Cina.
Satu lagi mata pelajaran, iaitu Pengurusan Matematik pula, menunjukkan penurunan dalam prestasi lulus penuh berbanding dengan prestasi pada tahun sebelumnya.
Madiha Abdullah
Thu Aug 18 2022

Dari segi pencapaian keseluruhan calon, PNGK nasional STPM 2021 iaitu 2.79, dianggap sama dengan pencapaian tahun terdahulu iaitu 2.78 pada 2020. - Gambar fail BERNAMA

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai - MPM
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).

Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

STPM 2021: 874 calon dapat PNGK 4.00
Daripada jumlah itu, seramai 584 calon atau 66.82 peratus adalah golongan B40.

Keputusan STPM dikeluarkan pada 18 Ogos - Majlis Peperiksaan
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos.

STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40
554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.