KUALA LUMPUR: Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.
Beliau berkata ia sekali gus menyaksikan calon yang memperoleh keputusan PNGK 4.00 meningkat berbanding tahun 2021 iaitu seramai 874 orang.
"Daripada 1,184 calon ini, seramai 1,009 calon atau 85.22 peratus daripadanya adalah daripada kategori B40," katanya pada sidang media pengumuman Keputusan STPM 2022 di sini hari ini.
Bagi PNGK Nasional STPM 2022, Mohd Ekhwan berkata ia juga telah meningkat kepada 2.82 pada tahun lepas berbanding 2.79 pada tahun sebelumnya.
"PNGK Nasional ini juga merupakan PNGK Nasional tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM," katanya.
Mohd Ekhwan berkata dari segi pencapaian PNGK secara keseluruhannya, calon STPM 2022 yang memperoleh PNGK 3.75 dan ke atas ialah 9.59 peratus manakala PNGK 3.00 dan ke atas ialah 42.96 peratus.
"Bagi PNGK 2.75 dan ke atas ialah 56.97 peratus dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 89.75 peratus adalah meningkat berbanding tahun 2021," katanya.
Mengenai jumlah calon mendaftar STPM 2022, beliau berkata seramai 43,687 calon telah mendaftar namun 41,701 calon yang hadir untuk menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2022.
"Daripada 41,701 calon yang hadir, sebanyak 99.98 peratus atau 41,694 calon layak dianugerahkan Sijil STPM 2022, manakala hanya 0.02 peratus atau tujuh calon sahaja tidak layak mendapat sijil ini," katanya.
Ditanya mengenai 1,986 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan itu, beliau berkata ia disebabkan beberapa faktor seperti calon-calon telah mendapat pekerjaan, menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau program lain, sakit atau meninggal dunia.
Sementara itu, beliau berkata MPM telah memilih 17 pelajar terbaik mengikut kategori untuk diberikan anugerah berbentuk wang tunai bernilai RM1,000, plak serta sijil dan ia dijangka disampaikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu majlis, hari ini.
Beliau berkata kategori berkenaan ialah 11 pelajar STPM terbaik keseluruhan, seorang pelajar terbaik kategori B40 dan seorang pelajar terbaik kategori Orang Asli.
"Empat pelajar terbaik bagi setiap kategori calon Berkeperluan Pendidikan Khas iaitu buta, rabun, autistik dan spastik," kata Mohd Ekhwan yang juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.
Calon STPM 2022 boleh menyemak keputusan menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/No. Kad Pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888 bermula 11 pagi ini hingga 12 tengah hari, Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman ketika sidang media pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 hari ini. - Foto BERNAMA

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) lepasan STPM atau setaraf iaitu Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma akan diumumkan esok.

Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina
STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.

Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT
Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang.

Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.

Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.

Tanya AI: Jaminan kerjaya atau bidang paling relevan? Ini kursus ijazah terbaik lepasan STPM
TAHUN 2023 menjadi tahun yang mencabar buat lepasan STPM dalam memilih bidang pengajian yang difikirkan terbaik dan relevan untuk membina kerjaya pada masa hadapan.

STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).