MARAN: Kerajaan Negeri Pahang berusaha menyelesaikan permasalahan perumahan generasi kedua Felda menerusi pelaksanaan Skim Tanah Rakyat (STR).
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek perintis di kawasan Felda Jengka 2 itu, membabitkan 40 penerima terdiri daripada generasi kedua Felda, jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah di kalangan rakyat.
"Kerajaan negeri akan memperluaskan pemberian STR melibatkan kawasan Felda mengikut kesesuaian serta penelitian rapi.
"Kita akan tengok 'case by case' dan sekiranya perkara itu perlu dibantu dan memenuhi peraturan dan syarat, kita bagi, dan kemungkinan (akan diperluaskan ke Felda lain).
"Mungkin Felda juga menghadapi masalah yang sama (berkaitan) perumahan generasi kedua,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 2B Daerah Maran di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentul, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Pegawai Daerah Maran Datuk Sharuddin Jali dan Pegawai Agama Islam Daerah Maran Amirul Farhan Wahi.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan cek sumbangan kerajaan negeri kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul dan penyampaian surat kepada tujuh kontraktor yang akan membina rumah bantuan banjir di bawah peruntukan United Arab Emirates (UAE).
Turut disampaikan, surat tawaran RRP Fasa 2B kepada tujuh penerima dan surat kelulusan dan Notis 5A STR kepada 40 generasi kedua Felda Jengka 2 serta Surat Hakmilik STR kepada 125 penerima daripada Kampung Bak Bak Fasa 3 dan 56 penerima dari Kampung Kuala Sentul.
Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Maran telah menerima permohonan bagi STR membabitkan beberapa lokasi Felda iaitu Jengka 1, 3, 4, 5 dan 6.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri Jun 17 2022

Wan Rosdy menyampaikan suratan hakmilik kepada penduduk pada Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik, Surat Kelulusan dan Notis 5A Skim Tanah Rakyat serta Surat Tawaran Penerima Rumah Rakyat Pahang Fasa 2B Daerah Maran semalam. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

18 STR dalam wilayah Felda bantu generasi muda miliki rumah - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang bersetuju mengisytiharkan 18 kawasan dalam wilayah Felda di negeri ini sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda.

STR: Kerajaan Pahang komited bantu rakyat miliki tanah
Inisiatif Kerajaan Pahang menawarkan pemilikan tanah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR) adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah milik sendiri di masa hadapan.

Kerajaan Pahang senarai hitam peserta STR jual tanah
Amalan penerima STR yang menjual tanah adalah sesuatu perkara yang buruk sebagai tidak mengenang jasa kerajaan negeri.

STR bantu selesai isu perumahan generasi kedua Felda - Wan Rosdy
Projek perintis itu jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah di kalangan rakyat.

240 penjawat awam, pesara terima 5 ekar tanah sumbangan Kerajaan Pahang
Skim Tanah Rakyat ini merupakan suatu bentuk pembangunan tanah menggunakan konsep dan pendekatan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) untuk membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah.