KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan sistem makanan negara tidak terjejas oleh sebarang gangguan dalam perdagangan antarabangsa khususnya bekalan daripada sumber import, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya merangka strategi bagi merancakkan pengeluaran makanan di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber import.
Menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini, Ronald berkata antara strategi yang diambil ialah galakan kerjasama antara sektor swasta menerusi program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan penubuhan agensi khusus di bawah Lembaga Ruminan Negara.
"Selain itu, MAFI juga akan merancakkan usaha penerimaan gunaan teknologi moden dan industri Revolusi 4.0 (4IR), memperluas aktiviti pertanian bandar dan program Kebun Komuniti (Kebuniti) di kawasan bersesuaian serta memperkasa penyelidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti makanan untuk menghasilkan benih berimpak tinggi.
Menggalakkan penyelidikan berteraskan pembangunan makanan alternatif yang berpotensi sebagai pengganti kepada beras dan keperluan diet, termasuk pembangunan alternatif ternakan serta meningkatkan kempen-kempen pemakanan sihat yang mempromosikan komoditi makanan yang dikeluarkan di peringkat tempatan," katanya.
Ronald berkata, pada tahun 2020, import makanan mencatat nilai RM55.4 bilion daripada RM51.4 bilion pada 2019 terutamanya bagi memastikan bekalan makanan domestik mencukupi dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Antara bahan makanan yang menyumbang kepada nilai import yang tinggi adalah bijirin dan sediaan bijirin, kopi, koko, teh serta rempah. Makanan lain seperti daging, hasil tenusu, makanan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Perangkaan ini juga meliputi import 30 peratus beras serta sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sederhana dari luar negara untuk memenuhi keperluan tempatan," katanya.
Beliau berkata oleh kerana ketiadaan agensi sekuriti makanan, cadangan penubuhan bahagian sekuriti makanan itu di peringkat kementerian berkenaan dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
"Pada masa sama, MAFI juga akan melaksanakan kajian penyediaan 'Rangka Tindakan (Blueprint) Sekuriti Makanan Negara' dan salah satu skop kajian adalah menilai kebolehlaksanaan penubuhan satu entiti khusus untuk merangka, memantau dan melaksanakan mandat berkaitan sekuriti makanan secara menyeluruh di bawah 'Rolling Plan (RP) Kedua Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada 2022.
Kajian yang dijangka selesai pada tahun 2023 ini akan turut mencadangkan strategi-strategi bagi memperkukuh sekuriti makanan negara bagi tempoh 2026-2030," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

MAFI juga akan merancakkan usaha penerimaan gunaan teknologi moden dan industri Revolusi 4.0 (4IR), dan memperluas aktiviti pertanian bandar dan program Kebun Komuniti (Kebuniti) di kawasan bersesuaian. - Gambar hiasan
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Hampir separuh spesies haiwan dunia berkurangan - Kajian
Hampir separuh daripada spesies haiwan di permukaan dunia sedang mengalami penurunan populasi, menurut satu kajian baharu.

Agihan peratusan sumber makanan bagi negeri ikut kawasan berpotensi
Kawasan pengeluaran makanan adalah kawasan jelapang padi dan luar jelapang padi, TKPM Tanaman, TKPM Penternakan, padang ragut dan Zon Industri Akuakultur (ZIA).

SKM saran koperasi ceburi bidang agromakanan
Kementerian Pembangunan dan Koperasi menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi membiayaai koperasi yang berminat.

Strategi pengeluaran makanan dirangka, kurangkan kebergantungan pada sumber import
Antara strategi yang diambil ialah galakan kerjasama antara sektor swasta menerusi program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan penubuhan agensi khusus di bawah Lembaga Ruminan Negara.

COVID-19: Rantaian bekalan makanan terjejas, aktiviti 'kebun bumbung' dipergiat
Singapura jadikan bumbung tempat letak kenderaan di kawasan perumahan awam sebagai kebun bandar.