KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan enkuiri polis telah dibuka berhubung laporan seorang pemilik Facebook bernama Gan Gong yang mendakwa isterinya dicederakan dan dikasari oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju ketika ditahan, bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D Saralathan berkata pihaknya turut mengesan hantaran berkenaan yang mengandungi gambar serta laporan polis berhubung dakwaan itu.
"Kertas siasatan ini dibuka susulan laporan dibuat oleh pengadu bagi tujuan menyiasat tindakan polis berkenaan sama ada mengikut peraturan dan undang-undang atau sebaliknya. Siasatan yang terperinci dan telus akan dijalankan," katanya dalam kenyataan Selasa malam.
Katanya semakan pada 25 Julai lepas kira-kira pukul 4.40 petang mendapati pasukan itu telah menyerbu sebuah rumah di Setapak.
"Semasa serbuan lelaki berusia 41 tahun dan isterinya 31 tahun telah membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit bagi mendapatkan perhatian penduduk sekitar," katanya.
"Mereka juga tidak memberikan kerjasama dan telah menghalang polis daripada menjalankan tugas sehingga telah berlaku pergelutan antara polis dengan pasangan itu," katanya.
Kedua-dua suspek telah dibawa ke pejabat narkotik IPD Wangsa Maju untuk ujian saringan air kencing dan didapati suspek lelaki positif dadah dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, manakala suspek wanita adalah negatif.
Kedua-dua suspek turut ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Saralathan berkata selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada 31 Julai pada jam 2.32 petang, pasangan itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika wujud sebarang salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan itu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan juga diminta untuk menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 03 2021

Polis turut mengesan hantaran berkenaan yang mengandungi gambar serta laporan polis berhubung dakwaan itu.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pengasuh didakwa aniaya, abai anak jiran hingga mati lemas
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak jirannya berusia tiga tahun, sehingga menyebabkan kanak-kanak itu lemas.

Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.

Wanita diperkosa bergilir-gilir lima rakan abang ipar
Lebih malang, perbuatan terkutuk yang berlaku jam 3.30 pagi itu turut dirakam oleh suspek.

Telefon bimbit iPhone dicuri sudah dipulangkan - Polis
Kes kecurian telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai di Wangsa Maju, Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Kes pukul, polis tahan 10 pelajar kolej vokasional
Polis menahan 10 pelajar lelaki di sebuah kolej vokasional di Wangsa Maju, kerana disyaki memukul seorang pelajar lain hingga mencederakan pelajar itu.

Dua direman, disyaki terlibat kes buang janin di stesen minyak Danau Kota
Dua individu direman selama tiga hari selepas dipercayai terlibat dengan kes pembuangan janin di sebuah stesen minyak di Danau Kota pada Rabu.

Pusat beli-belah AEON Alpha Angle akan jalani proses transformasi selepas 30 tahun
Kerja-kerja pengubah suaian itu dijangka siap sepenuhnya pada April 2022.

Suami dakwa polis cedera, kasari isteri, kertas enkuiri polis dibuka
Polis turut mengesan hantaran berkenaan yang mengandungi gambar serta laporan polis berhubung dakwaan itu.

Ebit Lew beli khemah, bantu peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut
Ebit Lew telah membeli tujuh buah khemah baharu untuk para peniaga di bazar tersebut, selain memberi duit belanja kepada sebahagian daripada mereka.