IPOH: Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 1.15 pagi itu, lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Elgrand turut melanggar sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati suspek berusia 44 tahun itu sedang memandu MPV dari Jalan Ashman Shah menuju ke Jalan Raja Musa Aziz.
"Sampai di tempat kejadian, dia terlanggar sebuah motosikal menyebabkan penunggang dan pembonceng berusia 27 dan 32 tahun mengalami cedera ringan.
"Suspek bertindak mengundur kenderaan lalu terlanggar sebuah kereta sebelum membuat pusingan U dan masuk ke Jalan Kamaruddin Isa.
"Pemandu MPV tersebut kemudian telah hilang kawalan selepas melanggar penghadang batu di Jalan Sybil Kathigasu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, suspek ditahan dan hasil ujian pernafasan mendapati kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod saman trafik termasuk empat kesalahan kemalangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan," katanya.
Abang Zainal Abidin berkata, saksi kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 26 2024
![Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716721639_TBpemandumabuk.jpg)
MPV milik suspek mengalami kerosakan setelah melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri dan kereta di Ipoh. - Foto/ Ihsan polis
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734864897_TBTEXASMALL.jpg)
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
![Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732600789_tbmekanikmabuk.jpg)
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
![149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021 149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732183728_TBSaifuddin.jpg)
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
![Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731376732_Pekerjakontraktor.jpg)
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
![Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729828200_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.
![Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723023716_TBPEMANDUMABUK.jpg)
Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar
Seorang pemandu mabuk ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas melanggar dua pelajar sekolah di persimpangan lampu isyarat Cheng Height, di sini petang semalam.
![Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721276573_WeeLongMabukJoh.jpg)
Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.
![Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019083_langgar.jpg)
Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.
![Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/51437107041_GARISANPOLIS.jpg)
Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
![Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716721639_TBpemandumabuk.jpg)
Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.