KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelaki mereka berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan, minggu lalu.
Tertuduh, Abu Bakar Rahman, 32, seorang buruh dan isterinya, penjual buah warga Indonesia, Andia Rosa, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelaki mereka telah dengan sengaja menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah rumah di Kampung Segambut Tengah, di sini. pada 23 Dis lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Abu Bakar manakala Andia tidak ditawarkan jaminan kerana wanita itu merupakan seorang warga asing.
Bagaimanapun, Abu Bakar. yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan itu dikurangkan.
Mahkamah membenarkan Abu Bakar diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Andia tidak dibenarkan diikat jamin dan 16 Jan depan ditetapkan untuk sebutan kes. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelaki mereka berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan, minggu lalu. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.