BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan memiliki wang kertas RM100 palsu berjumlah RM5,300 pada 29 Jun lepas.
Bagaimanapun, tertuduh Muammar Raid Abdul Malik, 33, dan Nadia Mohamed Hussain @ Brian Michael Lewis, 27, yang sedang hamil mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memiliki 53 keping wang kertas palsu RM100 di mana mereka tahu bahawa wang tersebut adalah palsu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di MT 30 Mukim 8 Jalan Muthupalaniappan Sunway Wellesley, Bukit Mertajam, Pulau Pinang sekitar pukul 11. 30 malam pada 29 Jun 2022.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu semasa prosiding, Mohamad Syarafuddin memohon mahkamah menetapkan jaminan tinggi kerana kedua-dua tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu merayu dikenakan jaminan yang rendah atas alasan wanita itu sedang hamil dan tidak bekerja.
Muhammad Raid mendakwa dia hanya bekerja sebagai peniaga dan perlu menjaga ibu bapanya yang sudah uzur.
Majistret Mohd Harith kemudian membenarkan Muammar Raid dan Nadia diikat jamin RM6, 000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Selain itu, mereka juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta perlu melapor diri setiap dua minggu sekali kepada pegawai penyiasat kes.
Pendakwaan kes dikendalikan poegawai pendakwa polis, Mohamad Syarafuddin Mamat Moktar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes akan disebut semula pada 11 Ogos depan untuk serahan dokumen.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jul 06 2022
![Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657085091_SUAMIISTERIDIDAKWA.jpg)
Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan memiliki wang kertas RM100 palsu berjumlah RM5,300 pada 29 Jun lepas. - Gambar Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
![Tiga lelaki warga Sierra Leone didakwa miliki wang kertas palsu Tiga lelaki warga Sierra Leone didakwa miliki wang kertas palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729498789_courtgavelmahkam.jpg)
Tiga lelaki warga Sierra Leone didakwa miliki wang kertas palsu
Tiga lelaki warga Sierra Leone mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki empat keping wang kertas palsu US$100, tiga minggu lepas.
![Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729167540_tbRamliMohamedYoos.jpg)
Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu
Cubaan tiga warga Sierra Leone menjual wang palsu dolar Amerika Syarikat (USD) kepada pembeli tempatan gagal, selepas diberkas polis dalam serbuan di ibu negara.
![Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724920918_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu
Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 12 keping wang kertas Amerika Syarikat palsu berjumlah US$1,200 tiga bulan lepas.
!['Duit ini betul atau tidak, peniaga tak nak terima' 'Duit ini betul atau tidak, peniaga tak nak terima'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717904722_tbduit.jpg)
'Duit ini betul atau tidak, peniaga tak nak terima'
Gara-gara wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara baharu, seorang peniaga kedai didakwa menolak untuk menerima duit tersebut daripada pelanggan untuk tujuan urusan jual beli di daerah ini.
![Lelaki jual telefon bimbit dibayar dengan wang palsu RM1,700 Lelaki jual telefon bimbit dibayar dengan wang palsu RM1,700](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664297014_TBDUITPALSU.jpg)
Lelaki jual telefon bimbit dibayar dengan wang palsu RM1,700
Seorang lelaki menjadi mangsa penipuan jual beli menggunakan wang palsu selepas menjual telefon bimbitnya kepada seorang wanita, minggu lepas.
![Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657085091_SUAMIISTERIDIDAKWA.jpg)
Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.
![Pekerja warung mengaku tidak bersalah guna wang palsu Pekerja warung mengaku tidak bersalah guna wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649845312_courtgavelmahkam.jpg)
Pekerja warung mengaku tidak bersalah guna wang palsu
Seorang pekerja warung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan wang palsu awal bulan ini.
![Dua rakan dicekup beli kucing Parsi guna wang palsu Dua rakan dicekup beli kucing Parsi guna wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639656729_TBPERSIANCAT.jpg)
Dua rakan dicekup beli kucing Parsi guna wang palsu
Keghairahan dua rakan membeli dua ekor kucing Parsi bernilai RM2,600 dengan menggunakan nota wang palsu membawa padah apabila mereka berjaya dicekup pasukan polis.
![Pekerja binaan dipenjara enam tahun guna wang palsu Pekerja binaan dipenjara enam tahun guna wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637528908_pekerjabinaan.jpg)
Pekerja binaan dipenjara enam tahun guna wang palsu
Tertuduh berkata dia terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak akibat ketiadaan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya selain keadaan kesihatan yang tidak baik.
![Pelanggan bayar tambah nilai guna wang palsu Pelanggan bayar tambah nilai guna wang palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Pelanggan bayar tambah nilai guna wang palsu
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.