Hasrat sepasang suami isteri untuk mendapat 'kekayaan segera' akhirnya tidak kesampaian apabila kedua-duanya kantoi memiliki 42 paket berisi dadah syabu seberat 2.137 kilogram dalam serbuan di Labuan, Selasa lalu.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dikatakan menyorokkan dadah bernilai RM108,000 itu di dalam dua beg yang dibawa mereka.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, hasil pemeriksaan ke atas dua beg tersebut, polis menemukan beberapa bungkusan jenama kopi dan minuman segera yang mengandungi bungkusan plastik berisi 42 paket syabu.
"Semasa operasi tersebut pihak polis telah melihat seorang lelaki dan seorang perempuan di laluan pejalan kaki pasar buah-buahan di kawasan pasar lama Labuan.
"Ketika itu dilihat seorang lelaki sedang membimbit sebuah beg kain berwarna ungu, suspek kemudiannya ditahan untuk pemeriksaan, semasa pemeriksaan dijalankan kedua-dua suspek hanya mendiamkan diri.
"Hasil daripada pemeriksaan dalam beg kain yang dibawa oleh suspek terdapat satu bungkusan Alicafe kopi pra campuran 5 dalam 1, satu bungkusan jenama Sabah Borneo Cafe 3 in 1, satu bungkusan jenama Maltreose Chocolate 3 in 1, dan setiap bungkusan terdapat bungkusan yang didalamnya mengandungi paket-paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kota Kinabalu, pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai kes itu, Omar berkata, siasatan awal mendapati dadah syabu berkenaan dibawa masuk ke Labuan dari Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan bot laju.
Jelasnya, kedua-dua suspek yang berasal dari Telipok, Manggatal itu juga dipercayai terlibat dengan rangkaian sindiket penyeludupan dadah yang dikehendaki di Sabah.
"Hasil soal siasat yang didapati keatas kedua suspek merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan awal 20-an dan merupakan pasangan suami isteri dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula daripada hari ditangkap sehingga 12hb Feb untuk siasatan lanjut.
"Hasil daripada soal siasat juga yang dijalankan kedua suspek yang mendedahkan kesemua dadah ini dalah untuk tujuan pasaran tempatan daerah Labuan yang dibawa masuk daripada daerah Kota Kinabalu menggunakan bot laju.
"Kita masih lagi menjalankan siasatan selanjutnya dan bedasarkan risikan, tangkapan ini mempunyai rangkaian sindiket yang sedang dijejaki oleh pihak JSJN Kontinjen Sabah," katanya.
Omar menambah, kejayaan kes rampasan dan tangkapan berkenaan merupakan yang terbesar setakat ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
Ruzaini Zulkepli
Thu Feb 07 2019

Datuk Omar Mammah (tengah) menunjukkan antara barangan yang berjaya dirampas dalam sidang media di IPK Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas
Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Puchong.

Empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal, polis mohon maklumat orang awam
Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah di sini, semalam.

Suami isteri ditahan, edar syabu bernilai RM108,000
Hasrat sepasang suami isteri untuk 'kaya segera' akhirnya tidak kesampaian apabila kedua-duanya kantoi memiliki 42 paket berisi dadah.