Impian sepasang suami isteri di Pahang untuk mempunyai kediaman sendiri akhirnya tercapai, selepas berjaya memiliki satu unit rumah menerusi program Rumah Bina Negara (Rumah BN) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) diluluskan.
Rumah mampu milik berharga RM65,000 dengan keluasan 700 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, kipas serta lampu.
Projek Rumah BN dilancarkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang, Temerloh, Pahang pada Isnin.
Bagi Saiful Fazly Shaharudin dan isteri Nor Adila Mohd Zain, mereka merupakan pasangan pertama memiliki Rumah BN.
Beliau menyifatkan rumah bina negara tersebut amat menepati keselesaan selain struktur rumah yang kukuh serta cantik.
"Untuk pasangan baru hendak memulakan kehidupan ini memang sesuai dan selesa sangat. M
Memang tepatlah apa yang dikatakan kerajaan, iaitu untuk keluarga kecil,” kata Saiful Fazly.
Sementara itu, Nor Adila berterima kasih kepada kerajaan dan pihak Risda yang membantu beliau dan suami untuk memiliki kediaman sendiri.
"Terima kasih kepada kerajaan, Risda, semua. Rezeki saya dapat rumah macam ini dan saya rasa gembira,” katanya.
Hasil bantuan kerajaan yang disalurkan menerusi Risda, pasangan ini hanya perlu membayar ansuran rumah RM250 setiap bulan.
Astro Awani
Mon Oct 31 2016

Saiful Fazly Shaharudin (kiri) dan isteri Nor Adila Mohd Zain (kanan) yang merupakan pasangan pertama memiliki Rumah Bina Negara.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Suami isteri gembira terima skim Rumah Bina Negara
Impian sepasang suami isteri di Pahang untuk mempunyai kediaman sendiri akhirnya tercapai, selepas berjaya memiliki satu unit rumah menerusi program Rumah Bina Negara.