BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.
Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50, dan isterinya, Ong Ser Ying, 37, yang merupakan peniaga mi membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul Mat Zain dan Mohd Shadid Sulaiman di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau ke Perai pada jam 5 petang, 5 Februari lalu.
Disebabkan itu, kedua-dua mereka yang tidak mempunyai anak didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari.
Nor Shakila memohon mahkamah mengenakan denda yang setimpal kerana perbuatan kedua-dua tertuduh telah membahayakan orang awam.
Dalam rayuannya, Muhammad Hafiz memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah berikutan pendapatan bulanannya hanya RM1,500.
"Saya kerja jual mi saja, gaji RM1,500 sebulan," katanya.
Sementara Ser Ying turut memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah terhadapnya.
Nurul Rasyidah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,500 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya tertuduh gagal membayar, mereka akan dipenjara selama enam bulan.
Mengikut fakta kes, polis telah mengesan satu klip video yang tular di media sosial menunjukkan dua individu yang menaiki motosikal secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang.
Penunggang (Muhammad Hafiz) dan pembonceng (Ser Ying) didapati telah menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan agresif dengan membaling pasir, menendang motosikal yang memotong serta melibas menggunakan tali hitam.
Polis kemudiannya menahan kedua-dua tertuduh pada jam 12.39 tengah hari, 6 Februari lalu di sebuah pasar raya di George Town. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024

Kedua-dua suami isteri dikenakan denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.

Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'.

Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.

Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini
Penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.

Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.

Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.

Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.

Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.