LENGGONG: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan keluar dari simpang secara mengejut di Kilometer 32.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat sini, pada Isnin.
Penunggang motosikal berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya yang berusia 44 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6.15 petang.
Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis KYM yang ditunggang oleh mangsa bersama isterinya dari arah Gerik menghala ke Kuala Kangsar.
“Apabila sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh lelaki berusia 47 tahun telah keluar dari arah Petronas Lenggong dan menyeberangi jalan ke arah jalan lama Kota Tampan-Lenggong.
“Kejadian berlaku apabila kereta tersebut telah keluar secara mengejut dari simpang Petronas.
“Oleh kerana jarak terlalu dekat, motosikal yang berada di laluan sah tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi belakang sebelah kiri kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Yusri berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong.
Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan penumpang kereta, seorang remaja berusia 14 tahun patah betis kiri dan bahu kanan.
Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Ekoran kejadian itu, polis menahan pemandu kereta untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd Yusri memberitahu, bedah siasat mayat kedua-dua mangsa akan dijalankan di rumah mayat Hospital Gerik selepas mendapat keputusan ujian COVID-19.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 24 2022

Penunggang motosikal berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya yang berusia 44 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong. - Foto ihsan pembaca
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Suami isteri maut kereta terbabas dalam perjalanan ke pusat mengundi
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kemalangan melibatkan Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu berlaku pada 12.08 tengah hari.

Suami isteri maut kemalangan motosikal, kereta di Lenggong
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan keluar dari simpang secara mengejut.