Akibat tertekan dengan masalah rumahtangga, sepasang suami isteri maut apabila bertindak meminum racun rumput di rumahnya di Taman Cempaka dekat Bukit Gambir di sini, semalam.
Pow Kim Chuan, 49, dan isterinya, Kang Yen Peng, 45, maut dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kira-kira jam 1 petang akibat pendarahan teruk organ dalaman.
Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari jiran mangsa selepas mendengar jeritan wanita dari arah bilik utama rumah berkenaan.
Jiran yang enggan dikenali berkata, dia segera ke rumah itu melihat Kim Chuan sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu.
Manakala isterinya ditemui terbaring atas katil bilik utama dalam keadaan tenat dan mengerang kesakitan.
Beliau menghubungi pusat kesihatan berhampiran dan kedua-dua mangsa dihantar ke HPSF untuk rawatan lanjut,
Menurut jirannya, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa pasangan suami isteri berkenaan kerana mereka tidak pernah menunjukkan sebarang masalah di hadapan jiran.
Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga anak mangsa iaitu dua perempuan lingkungan usia 20an dan seorang lelaki berusia belasan tahun tiada di rumah kerana keluar bekerja dan ke sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak mengesahkan kejadian tersebut yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum mayatnya dituntut keluarga.
Astro Awani
Thu Apr 24 2014

10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Suami isteri maut minum racun akibat tekanan rumahtangga
Akibat tertekan dengan masalah rumahtangga, sepasang suami isteri maut apabila bertindak meminum racun rumput.