Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian petang semalam, pasangan berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah Simpang Pertang hilang kawalan ketika melalui selekoh.
"Setiba di lokasi kejadian, kereta telah hilang kawalan dan berpusing secara melintang masuk ke laluan bertentangan.
"Pada masa sama, motosikal dinaiki mangsa berusia 28 tahun serta isteri, 40 tahun, dari arah bertentangan, tidak sempat mengelak dan telah melanggar bahagian sisi kiri kereta tersebut," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.
Pihak polis meminta saksi kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof untuk membantu siasatan. - Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)