KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mencabul dan mendera empat kanak-kanak di sebuah pusat kebajikan, tempat isterinya bekerja dekat sini, antara April 2019 hingga Mac lepas.
Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa melakukan kesalahan dengan maksud seksual menyentuh tiga kanak-kanak perempuan berusia sembilan hingga 13 tahun di pusat kebajikan tersebut, pada waktu berbeza.
Antaranya, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang kini berusia 13 tahun di sebuah bilik dan ruang tamu di pusat kebajikan itu, masing-masing dalam kejadian pada Julai 2019 dan September tahun lepas.
Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat, jika disabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kelima pula, dia didakwa bersama-sama isterinya yang merupakan penjaga pusat kebajikan itu, Nor Adila Zakaria, 35, telah menganiaya kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun hingga mengalami kecederaan fizikal di pipi dan dada.
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mereka dituduh menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.
Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Hamdan manakala Nor Adila dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
Hakim menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Mohd Hamdan Yasin, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. - Foto BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Warga emas didenda RM7,000 cabul kanak-kanak lelaki
Lelaki berusia 63 tahun itu didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak di sebuah kedai makan di Setapak pada 5 petang, 17 April 2024.

Warga emas ditahan dipercayai cabul kanak-kanak perempuan
Difahamkan suspek tersebut merupakan suami kepada bekas pengasuh mangsa.

Penganggur didakwa lakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak di PPS
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapanya itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Jurulatih taekwando didakwa amang seksual fizikal terhadap 5 kanak-kanak
Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan.

Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan
Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Shah Alam ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan.

Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek
Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.

Dua lelaki ditahan cabul kanak-kanak dalam tandas surau
Kedua-dua suspek berusia 56 tahun dan 74 tahun itu juga dipercayai menunjukkan kemaluan terhadap mangsa.

Warga emas didakwa cabul kanak-kanak
Tertuduh yang berusia 69 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tujuh bulan.

Cabul anak rakan, buruh binaan dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan dua sebatan atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak kenalannya.