KOTA KINABALU:Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh dari jejambat di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun tersangkut pada tembok jejambat terbabit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara itu, isteri mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai terjatuh bersama kereta daripada jejambat dan mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Habibi Majinji yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu dan mendapati ia hanya membabitkan sebuah kereta Proton Saga.
"Kereta berkenaan dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah jejambat KKIA.
"Mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala isterinya dibawa menaiki ambulans ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2)," katanya.
Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Oct 21 2020
Kereta berkenaan dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah jejambat KKIA. - Foto PDRM
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang.
Lelaki maut nahas dua kenderaan
Pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut, kereta terbabas
Tiga termasuk seorang wanita hamil maut selepas kereta dinaiki terbabas berhampiran IOI Putrajaya.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
1 maut, 7 cedera van terbabas rempuh pokok
Ketika kejadian keadaan lokasi kejadian gelap dan kurang pencahayaan lampu jalan ditambah hujan lebat dan permukaan jalan basah.
Dua beranak maut kereta terbabas elak kera melintas
Kedua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Anggota APM maut, motosikal terbabas langgar tiang lampu
Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.
Individu rentung kereta terbabas, terbakar dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan ia terbakar 98 peratus.
Pelajar 17 tahun maut, motosikal terbabas awal pagi
Pelajar berusia 17 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Dua beranak maut motosikal terbabas langgar tiang lampu
Mangsa bersama anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang mereka terbabas.