PETALING JAYA:Seorang pemandu forklift ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, di Desa Mentari, di sini pada 3 Oktober lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, ketika kanak-kanak itu berada seorang diri di rumahnya, suspek yang juga suami kepada pengasuh mangsa dikatakan memasuki rumah tersebut atas alasan untuk memulangkan pelitup mukanya.
"Ketika berada di rumah, suspek memanggil mangsa untuk duduk disebelahnya dan bertindak mencabul badan mangsa.
"Tindakan mangsa kemudian menjerit berkali-kali menyebabkan suspek bertindak melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ku Mashariman, sejurus itu, mangsa menghubungi ibu saudaranya dan menceritakan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, ketika ibu saudara mangsa dan suaminya pulang dari kerja pada Jumaat, mereka terserempak dengan suspek berhampiran blok kediaman mangsa.
"Apabila menyedari namanya dipanggil, suspek cuba melarikan diri yang akhirnya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum lelaki itu dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya," katanya.
Beliau memberitahu, lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSK) 2017.
Jika disabit bersalah, katanya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.
Umavathi Ramayah
Sat Nov 21 2020

Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek yang juga suami kepada pengasuh mangsa memasuki rumah tersebut atas alasan untuk memulangkan pelitup mukanya. - Gambar hiasan

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat - Azam Baki
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
EU bertindak balas terhadap keputusan Trump
Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan tarif sebanyak 26 bilion Euro ke atas barangan Amerika Syarikat berkuatkuasa April depan.

Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Brazil sifatkan keputusan AS sebagai tidak wajar
Kerajaan Brazil menyifatkan keputusan Amerika Syarikat menaikkan tarif import keluli dan aluminium kepada 25 peratus merupakan satu tindakan yang tidak wajar.
Pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan kekal positif pada 2025
Kenyataan juga menyebut, permintaan berterusan daripada pelabur itu akan didorong peralihan struktur kekal disebabkan peningkatan peratusan penduduk warga emas di Malaysia.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa
Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama erana kecewa dengan perbuatannya.

'Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya' - Saksi
Pengadu berkata dia berasakan Lew merosakkan dirinya dengan memperdayakannya secara halus sehingga terikut-ikut dengan kemahuan tertuduh.

Jurulatih cabul empat kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun ditahan
Seorang jurulatih seni mempertahankan diri di Shah Alam ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan.

Kertas kerja tangani isu seksual dalam kalangan remaja akan dibentang - Ahmad Zahid
Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan agar satu kertas kerja dibentangkan berhubung permasalahan perlakuan seksual dalam kalangan remaja

256 kes dera kanak-kanak dalam tempoh 10 bulan di Pahang
JKM Pahang catat 256 kes dera kanak-kanak dalam tempoh 10 bulan

Pemandu lori didenda RM6,000 hantar mesej lucah kepada seorang wanita
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menghantar mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Lelaki ditahan cabul anak tiri
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul anak tirinya yang berusia enam tahun di rumahnya di sini pada malam Rabu.

Jangan persoal keputusan ujian DNA, Musa Hassan tegur bapa Nurin Jazlin
Jangan persoalkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Tan Sri Musa Hassan yang merupakan Ketua Polis Negara ketika kejadian kes pembunuhan kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.

Salah laku seksual, bekas pembantu Anwar fail saman sivil
Pernyataan saman tersebut turut mengandungi butiran terperinci serangan seksual yang didakwa berlaku di sebuah kediaman di Bukit Segambut ketika bertugas sebagai pembantu penyelidikan kepada Anwar.

Bapa hadapi 13 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap anak kandung
Bagaimanapun tertuduh yang juga seorang juruteknik mengaku tidak bersalah.

Capaian terhadap pornografi kanak-kanak meningkat ketika PKP - Bukit Aman
Huzir tidak menolak kemungkinan jenayah terhadap wanita, kanak-kanak dan jenayah seksual di negara ini boleh meningkat jika tidak dikawal sebaiknya semasa pandemik.