PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa tiada perkaitan bukti antara dana yang diterima oleh Datuk Dr Tawfiq Ayman daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2008 dengan wang SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram berkata SRC tidak wujud ketika Tawfiq menerima wang daripada dana kekayaan negara itu pada 2008. Tawfiq adalah suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata demikian ketika berhujah di hadapan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes terhadapnya yang membabitkan SRC.
"Yang Arif, kini mereka menyatakan bahawa wang yang diterima oleh suami Zeti pada 2008 mempunyai kaitan dengan wang yang beliau (Najib) terima pada 2014 sedangkan SRC belum wujud ketika itu.
"Adalah jelas bahawa wang itu milik 1MDB. Keseluruhan rentetan peristiwa tidak ada kena-mengena dengan dana SRC atau mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh perayu (Najib). Apa kena-mengena Zeti dan suaminya dengan kes ini," kata Sithambaram.
Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.
Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah Mahkamah Rayuan sepatutnya memerintahkan agar Najib dibicarakan semula dan permohonan beliau untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes itu didengar di hadapan panel lain.
Beliau berkata ini kerana panel terdahulu yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera telah dipengaruhi untuk menutup minda mereka daripada mendengar permohonan itu pada Disember tahun lepas.
Najib, 68, membuat permohonan itu susulan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 19 Nov lepas berkaitan aset 1MDB yang diperoleh semula apabila Kerajaan Singapura memulangkan sejumlah US$15.4 juta kepada Malaysia yang mempunyai kaitan dengan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) milik suami Zeti.
Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya dan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman bahawa bukti baharu diperlukan demi keadilan dalam kes itu.
Keesokan harinya, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC selepas menolak rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Pendengaran rayuan itu bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram (foto) berkata SRC tidak wujud ketika Tawfiq menerima wang daripada dana kekayaan negara itu pada 2008. - Gambar fail/BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.

Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.

Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.

Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,

Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.