BAGAN SERAI: Kaedah ternakan ayam terbuka dan pengendalian sisa tinja yang tidak sistematik antara punca utama masalah lalat yang dihadapi hampir 1,000 penduduk di Kampung Jaya, Kampung Balik Bukit dan Taman Indah Jaya, di sini.
Masalah berlarutan sejak 30 tahun lalu itu menyebabkan penduduk berasa rimas hingga menjejaskan aktiviti harian mereka.
Penduduk, Yaakob Ishak, 75, berkata, mereka sudah tidak tahan dengan keadaan itu dan meminta ia dapat diselesaikan kerana dibimbangi akan membawa penyakit.
Menurutnya, gangguan lalat akan berlaku setiap dua bulan selepas perusahaan yang memiliki 16 reban itu menjual ayamnya dalam tempoh tersebut.
"Hendak makan pun susah kerana perlu berperang dengan lalat hinggakan hendak suap makanan pun, lalat yang masuk mulut dulu.
"Kami sudah tak sanggup dengan keadaan ini tambahan pada waktu hujan, lalat bertambah banyak," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Jumaat.
Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka berasa malu untuk menghidangkan makanan kepada tetamu yang bertandang ke rumah.
Peniaga, Saniah Mastan, 61, berkata, kehadiran lalat telah menjejaskan operasi perniagaan warung makanan yang diusahakannya.
"Setiap kali pelanggan singgah terutama dari luar, mereka berasa geli dengan lalat yang menghurung bekas makanan. Kita sendiri berasa serba salah.
"Saya juga tebar roti canai terpaksa buat dalam kuantiti sedikit kerana lalat. Kita tebar takut terlekat lalat, sudah rugi kerana kotor. Belum lagi pelanggan yang minta tukar air selepas minuman mereka dimasuki lalat.
"Keadaan itu menyebabkan kami rugi hingga menerima teguran daripada pelanggan. Tetapi apakan daya, ini di luar kawalan," katanya.
Katanya, pengusaha perlu bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi ternakan mereka agar tidak mengganggu penduduk.
Sementara itu, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Razman Zakaria berkata, beliau tidak berpuas hati dengan operasi ternakan ayam yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah penduduk itu.
"Tinjauan hari ini (Jumaat) mendapati pelaksanaan perusahaan ini tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan yang mana bahagian bawah reban tidak sepatutnya berair. Ini menyebabkan pembiakan lalat dan bau busuk.
"Kita mengarahkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengambil tindakan dengan tidak membenarkan perusahaan ini beroperasi selagi peraturan itu tidak dipatuhi," katanya.
Menurutnya, kompaun sebanyak RM2,000 akan dikeluarkan oleh pihak JPV kepada pengusaha terbabit.
Razman berkata, kerajaan negeri telah menyasarkan kesemua ladang ternakan ayam di Perak perlu beralih kepada sistem tertutup menjelang 2025.
"Jadi, semua pengusaha diberi masa untuk melaksanakan operasi ladang secara bertutup bagi mengurangkan kacau ganggu lalat.
"Malah, Enakmen Perladangan Unggas Perak 2005 dalam proses dipinda untuk mengenakan hukuman lebih tinggi sekurang-kurangnya denda RM20,000 terhadap penternak yang mencemar alam sekitar.
"Sekarang ini sudah di peringkat akhir," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 12 2021
Saniah dan Yaakob (kanan) menunjukkan pelekat lalat yang digunakan sebagai salah satu kaedah mengurangkan lalat. -Foto Sinar Harian
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
Isu lalat: JPVPP tegas, konsisten jalankan penguatkuasaan
JPVPP keluarkan enam kompaun antara 19 Feb dan 30 April ke atas ladang unggas yang melakukan kesalahan berkaitan masalah lalat dan berenga.
'Suap makan, lalat masuk mulut dulu'
Masalah berlarutan sejak 30 tahun lalu itu menyebabkan penduduk berasa rimas hingga menjejaskan aktiviti harian mereka.
MBSP guna lalat hasilkan bahan kompos daripada sisa organik
Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata projek itu merupakan hasil usaha sama antara MBSP, Syarikat Al-Ansar Integrated Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Masalah lalat: Kerajaan negeri beri tempoh seminggu
Kerajaan negeri Kedah beri tempoh seminggu kepada Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Pendang dan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu lalat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang.
Pelajar, guru sekolah 'ditemani' lalat
Pelajar, guru serta kakitangan Sekolah Model Khas Bukit Jenun di Pendang, Kedah terpaksa menghadapi serangan lalat di sekolah mereka.
Pemilik restoran minta IWK tangani masalah limpahan air kumbahan
Pengusaha sebuah restoran di Taman Serai di sini meminta Indah Water Konsortium (IWK) menangani segera masalah limpahan air kumbahan yang berlaku ketika hujan lebat kerana ia menjejaskan perniagaan.
Najis tikus bertaburan, kilang bebola ikan di George Town diarah tutup
Selain daripada najis tikus, lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan.