KUALA LUMPUR: SISTEM subsidi semasa yang diberi secara menyeluruh dikatakan mempunyai kepincangan kerana turut dinikmati dengan meluas oleh golongan kaya di negara ini.
Sehubungan itu, kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Anda bersedia kerajaan laksana subsidi bersasar?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Selasa.
Daripada 266 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati 69 peratus responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk pelaksanaan subsidi bersasar.
Sebanyak 22 peratus mengatakan tidak bersedia, manakala baki sembilan peratus pula tidak pasti.
Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Astro Awani
Tue Feb 14 2023

Sebanyak 69 peratus responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk pelaksanaan subsidi bersasar. - Gambar hiasan/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

#SuaraMalaysia: 52 peratus sedia jika kerajaan laksana subsidi bersasar
Lebih separuh daripada responden kajian #SuaraMalaysia yang dijalankan Astro AWANI pada Selasa mengenai kesediaan rakyat sekiranya kerajaan melaksanakan subsidi bersasar menyatakan mereka bersedia.

#SuaraMalaysia Belanjawan 2024: Bersediakah jika kerajaan laksana subsidi bersasar?
Pelbagai soalan berkait kehendak serta keperluan rakyat Malaysia diajukan kepada anda menerusi kaji selidik #SuaraMalaysia.

#SuaraMalaysia: 47 peratus tidak setuju wanita jadi Perdana Menteri
Sebanyak 47 peratus responden menzahirkan rasa tidak setuju untuk menjadikan golongan wanita sebagai Perdana Menteri pada masa akan datang.

#SuaraMalaysia: 36 peratus mahu waktu kerja fleksibel diberi tumpuan untuk tingkat produktiviti
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Bagaimana kerajaan bantu produktiviti pekerja?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.

#SuaraMalaysia: 45 peratus responden mahu kadar gaji minimum ditingkatkan
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI. Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Bagaimana Kerajaan boleh bantu untuk tingkatkan pendapatan rakyat?

#SuaraMalaysia: 56 peratus tumpuan kepada kos sara hidup
Kos sara hidup setiap lapisan masyarakat terus menjadi tumpuan utama menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

#SuaraMalaysia: Majoriti mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,566 responden sehingga jam 6 petang Sabtu, 22 peratus lagi menyatakan mahu subsidi diberi tumpuan.

#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023
57 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan mahu bantuan sara hidup diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023.

#SuaraMalaysia: Majoriti bimbang kos harga barang makanan
85 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.