KUALA LUMPUR: Suasana pilu menyelubungi Zoo Negara apabila anak panda gergasi, Yi Yi dan Sheng Yi yang comel dan menjadi sebahagian daripada keluarga di pusat pelancongan itu dihantar pulang ke China hari ini.
Timbalan Presiden Zoo Negara Datuk Rosly @ Rahmat Ahmad Lana berkata kakitangan zoo tidak dapat menahan kesedihan kerana Yi Yi dan Sheng Yi membesar dalam persekitaran Zoo Negara sejak dilahirkan pada 14 Jan 2018 dan 30 Mei 2021.
Beliau berkata keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.
"Telatah kedua-duanya yang sepanjang masa suka bermain dan aktif menjadi tarikan pengunjung zoo. Kami bersyukur diberi masa untuk bersama dan terima kasih Yi Yi serta Sheng Yi, kami akan simpan kenangan, tawa dan kasih sayang yang dibawa," katanya selepas Majlis Penghantaran Pulang Anak Panda Gergasi kedua dan ketiga, Yi Yi dan Sheng Yi di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, di sini hari ini.
Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.
Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan haiwan berkenaan, selain membangunkan dan melatih kepakaran tempatan.
Sehingga kini, pasangan panda itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi dan Sheng Yi.
Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017.
Mengikut perjanjian, setiap anak panda berkenaan perlu dihantar pulang ke China apabila usia mencecah 24 bulan dan tidak melebihi usia empat tahun.
Kehadiran haiwan tersebut di Pusat Konservasi Panda Gergasi turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung dan membantu meningkatkan pendapatan Zoo Negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata penghantaran pulang Yi Yi dan Sheng Yi dilaksanakan sebagai mematuhi Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda yang ditandatangani antara Malaysia dan China itu.
"Yi Yi yang kini berusia lima tahun sepatutnya dihantar pulang pada 2020, tetapi terpaksa ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19.
"Sheng Yi pula telah mencecah usia 24 bulan pada Mei lepas. CWCA (Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China) telah bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk menghantar kedua-dua anak panda ini bersekali," katanya pada sidang media ketika majlis itu.
Dalam pada itu, Huang berkata satu penilaian bersama akan diadakan dengan CWCA bagi menilai pencapaian perjanjian projek kerjasama berkenaan.
Menurutnya penilaian tersebut akan merangkumi aspek tahap kesihatan, pembiakan, pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan serta hubungan dua hala.
"Penghantaran pulang dua anak panda ini bagi tujuan konservasi untuk membolehkan ia bergaul dan membiak dengan panda yang lain.
"Saya berharap panda gergasi yang merupakan utusan khas dari Republik Rakyat China ini dapat menggalakkan lagi persefahaman dan kerjasama erat antara kedua-dua negara," katanya dalam sidang media pada majlis itu yang turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Zaharin Md Arif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu. - Foto Facebook Zoo Negara
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
AWANI Tonight 24 Jan 2025
AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
1. WEF 2025: Shaping the future of Gen AI
2. Govt gives 50% toll discount for CNY
Its About YOUth: Advancing disability rights in Malaysia
The challenges, rights, and support for persons with disabilities deserve attention every day of the year. Hasbeemasputra Abu Bakar and his colleague from SIUMAN Collective share their lived experiences and discuss how Malaysia should make inclusivity the norm.
Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh Trump.
AWANI Tonight: Next for Gen AI - Mimicking human cognitive abilities
Global economic leaders expressed cautious optimism about the year ahead on the final day of the World Economic Forum 2025. Astro AWANI’s Lead Editor, Najib Aroff, reports from Davos, Switzerland.
Suasana pilu iringi penghantaran pulang Yi Yi, Sheng Yi ke China
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Nama anak panda kedua ditentukan berdasarkan cadangan orang ramai - Bai Tian
Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial.
Anak panda gergasi China diberi nama 'Xuebao' dan 'Qianjin'
Selepas enam bulan dilahrikan, dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di China akhirnya diberi nama.
Anak panda sihat - Wan Junaidi
Anak panda, yang dilahirkan oleh panda gergasi Liang Liang di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), sedang membesar dengan baik.