PUTRAJAYA: Datuk Seri Subahan Kamal dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkuat kuasa 4 Okt lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata pelantikan Subahan, 57, bagi menggantikan Senator Prof Tan Sri Dr Mohamed Haniffa yang telah memegang jawatan berkenaan untuk tempoh lebih dua tahun tiga bulan sebelum dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 26 Sept lepas.
Saravanan berkata, pengalaman, pengetahuan dan profesionalisme Subahan menjadi satu aset yang akan memberikan lonjakan besar buat Perkeso dalam meneruskan agenda perluasan perlindungan keselamatan sosial menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana rakyat Malaysia selari dengan konsep perlindungan sosial sepanjang kitaran hidup.
"Saya juga yakin, kepimpinan beliau dalam menerajui Lembaga Perkeso dapat meningkatkan lagi tahap tadbir urus, integriti dan mutu perkhidmatan agensi ini kepada pelanggan dan rakyat, khususnya semasa tempoh pascapandemik COVID-19 ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Saravanan juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Haniffa atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Perkeso terutamanya tatkala Perkeso memainkan peranan penting membantu seluruh Keluarga Malaysia mendepani impak pandemik COVID-19.
Subahan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perakaunan dengan pengkhususan Kewangan dari Universiti of Southern Illinois, Amerika Syarikat juga telah ditauliahkan dengan Certificate of Marine Cargo Technical Claims dan Certificate of Liability Insurance oleh Institut Insurans Malaysia.
Subahan kini memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia dan juga Kelab Bola Sepak PJ City Football Club malah juga pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor sebagai Presiden sehingga Julai 2018. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
![Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso Subahan dilantik sebagai Pengerusi Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663233652_SubahanKamal.jpg)
Datuk Seri Subahan Kamal dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perkeso berkuat kuasa 4 Okt lepas menggantikan Senator Prof Tan Sri Dr Mohamed Haniffa yang telah memegang jawatan berkenaan untuk tempoh lebih dua tahun tiga bulan. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
![Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
![KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713612605_SubahanKamal.jpg)
KHM akan lantik empat pembantu jurulatih untuk skuad remaja
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bakal melantik empat jurulatih tambahan bagi membantu ketua jurulatih skuad kebangsaan Sarjit Singh mengendalikan skuad remaja negara pada masa akan datang.
![Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709427370_TBSpeedyTigers.jpg)
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
![Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708167265_Hoki.jpg)
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.
![Hoki 5s bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2025 - Subahan Hoki 5s bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2025 - Subahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
Hoki 5s bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2025 - Subahan
Maklumat diterima daripada Presiden Persatuan Hoki Thailand yang memperjuangkan acara tersebut untuk dipertandingkan pada Sukan SEA.
![Wajah baharu skuad hoki kebangsaan selepas tamat liga MHL 2024 Wajah baharu skuad hoki kebangsaan selepas tamat liga MHL 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
Wajah baharu skuad hoki kebangsaan selepas tamat liga MHL 2024
Wajah baharu skuad kebangsaan akan 'dijelmakan' selepas tamat saingan liga yang akan berlangsung dari 1 Feb hingga 9 Mac depan.
![MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705140390_SubahanKamal.jpg)
MHC perlu RM12 juta untuk harungi musim 2024 - Subahan
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta bagi menampung perbelanjaan dan melicinkan pengurusan persatuan dalam mengharungi musim 2024.
![Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702785776_TBSubahanKamal.jpg)
Skuad hoki 5s Malaysia bawa cabaran negara ke Piala Dunia 2024 di Oman
Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita negara akan beraksi di kejohanan sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman pada 24-31 Jan tahun depan.
![Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023 Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702715840_TBSubahanKamal.jpg)
Hoki: KHM kecewa pencapaian Young Tigers di JWC 2023
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh skuad hoki remaja negara di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.