KOTA KINABALU: Persatuan pengguna di Sabah melihat keputusan kerajaan Persekutuan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan metrik beras putih import (BPI) kepada Sabah dan Sarawak, mulai 5 Okt ini, sebagai langkah tepat dalam mengatasi isu harga dan bekalan di negeri itu.
Mengalu-alukan inisiatif berkenaan, Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata ia juga menjadi berita baik untuk pengguna dalam kalangan B40 dan pengusaha makanan di Sabah sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup dihadapi ketika ini.
"Beras adalah barang asas untuk setiap isi rumah. Kenaikan harga beras juga akan mempengaruhi kos sara hidup keseluruhan. Bagaimanapun, orang ramai digesa supaya tidak membuat spekulasi kekurangan beras bagi mengelakkan kekecohan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah pemberian subsidi itu akan membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram, dan tindakan tersebut diambil kerana pengeluaran beras putih tempatan di Sabah dan Sarawak adalah terhad.
Ia merupakan antara empat langkah intervensi tambahan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani isu bekalan beras dalam negara, selain mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke luar bandar termasuk di kedai runcit.
BERAS-SABAH (PENGGUNA) 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Sementara itu, Setiausaha Negeri Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Anna Liew berkata usaha kerajaan memberi subsidi itu amat dihargai, namun keberkesanan pelaksanaannya dalam kalangan peniaga dan pengguna perlu diberi perhatian.
Katanya aktiviti pemantauan perlu ditingkatkan bagi memastikan tidak ada peniaga atau pengguna mengambil kesempatan dengan langkah kerajaan memberi subsidi kepada BPI itu.
Beberapa penduduk Sabah yang ditemui turut menyambut baik inisiatif itu dan menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengatasi isu beras, termasuk memastikan bekalan sentiasa ada di pasaran pada harga berpatutan.
Rositah Gambusaleh, 40, berharap subsidi itu akan dapat mengurangkan harga beras import di pasaran lebih-lebih lagi ketika ini terdapat juga kenaikan harga barang keperluan lain yang memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan.
"Subsidi ini diharap dapat meringankan beban pengguna kerana kos sara hidup semakin meningkat," kata ibu kepada empat anak itu.
Rona Lo, 29, pula berharap penyelarasan dan pemantauan sistematik dilakukan oleh pihak berkaitan supaya subsidi dapat dilaksanakan secara berkesan, termasuk memastikan beras dijual mengikut harga ditetapkan dan bekalan sentiasa mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
![Subsidi beras import langkah tepat atasi isu harga, bekalan beras - Pengguna Sabah Subsidi beras import langkah tepat atasi isu harga, bekalan beras - Pengguna Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696299258_TBBERAS.jpg)
Majlis Tindakan Pengguna Negara mahu aktiviti pemantauan ditingkatkan bagi memastikan tidak ada peniaga atau pengguna mengambil kesempatan dengan langkah kerajaan memberi subsidi kepada BPI itu.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712385465_SaharuddinMohdKia.jpg)
KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.
![Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738645714_TBAnbaCoconutTradin.jpg)
Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.
![PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738597255_AnwarIbrahimACCCI.jpg)
PM jamin sebarang kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti perniagaan, 85 peratus isi rumah terus dapat subsidi
Anwar berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.
![Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
![60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks 60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622465885_kanserserviks.jpg)
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
![Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
![Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719635157_TBtnb.jpg)
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
![85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB 85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703583214_Bilelektrik.jpg)
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
![Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734759733_TBAnwarIbrahimSid.jpg)
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.