KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang membuat kajian untuk melaksanakan bantuan subsidi bersasar terutama membabitkan petrol dalam menghadapi inflasi untuk tempoh jangka panjang.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, penjimatan daripada inisiatif ini dapat digunakan untuk disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Yang pertama, kerajaan masih lagi mempertimbangkan kemungkinan untuk kita laksanakan subsidi bersasar.
"Ada pelbagai pandangan, ada yang menyatakan ini bagus, ada yang menyatakan ini tidak bagus tetapi kerajaan sedang membuat satu kajian khusus berkaitan dengan minyak petrol.
"Kita sedia maklum, umpamanya tarif elektrik tidak dinaikkan untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
"Ini telah menyebabkan kerajaan perlu membayar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira RM5.8 bilion.
"Maknanya kalau ikut harga pasaran, untuk menjana elektrik ini kita perlu arang batu, kita perlu gas, jadi kosnya naik, jadi kalau tidak naikkan tarif, kita terpaksa membantu, subsidinya RM5.8 bilion," kata beliau.
Jelasnya, Malaysia antara negara yang mempunyai kadar inflasi terendah di rantau ini iaitu pada kadar 3.4 peratus berbanding negara-negara lain.
Hal ini disebabkan oleh bantuan subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan sepanjang tempoh menghadapi krisis global seperti inflasi serta cabaran pandemik dan krisis Rusia-Ukraine.
Malah, katanya nilai bantuan subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan diunjurkan lebih tinggi dari peruntukan pembangunan iaitu RM77 bilion berbanding RM75 bilion.
Ujar beliau, sekiranya tiada bantuan subsidi, seperti yang disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi negara boleh mencapai paras 11.4 peratus berbanding 3.4 peratus ketika ini.
"Dalam konteks ini, saya ingin jelaskan bahawa inflasi negara walaupun 3.4 peratus, negara-negara tertentu termasuk Amerika Syarikat, 9.06 peratus, tertinggi dalam tempoh 40 tahun.
"Eropah umpamanya, 8.6 peratus, tetapi di United Kingdom (UK) 9.4 peratus, negara-negara seperti Turkeye, lebih 70 peratus, Sri Lanka lebih 50 peratus, Argentina pula 65 peratus.
"Jadi sebenarnya di rantau di dunia, kita antara kadar inflasi paling rendah, di rantau ini yang rendah sedikit ialah China iaitu 2.5 peratus," tambah beliau lagi.
Mustapa berkata, bagi memastikan bantuan subsidi lestari dan mampan, kerajaan akan memfokuskan usaha dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.
"Untuk tempoh jangka pendek, kerajaan memberi tumpuan bantuan kepada rakyat, bagi jangka masa sederhana, memperkukuhkan kekuatan fiskal negara dan bagi tempoh jangka panjang, kerajaan akan terus menumpukan usaha kepada pelaksanaan subsidi harga minyak negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual program Agenda AWANI yang disiarkan pada Selasa malam bertajuk 'Strategi Keluar Miskin Tegar'.
Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan Indeks Harga Pengguna (IHP) Jun 2022 meningkat 3.4 peratus kepada 127.4 berbanding 123.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Kenaikan ini jelasnya, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 iaitu 1.9 peratus.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, Indeks Makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan Jun 2022.
Nickyson Nyambar
Tue Jul 26 2022

Mustapa berkata, bantuan subsidi yang diberikan kerajaan banyak membantu dalam mengawal kadar inflasi negara. - Gambar fail
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat

Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.

Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.

Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.

Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.

Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.

Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.

BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun