PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan tidak meneruskan Program Subsidi Sementara bagi minyak masak botol susulan terdapat penyelewengan dikesan.
Jelasnya, program subsidi berkenaan yang sepatutnya tamat pada Ogos 2021, tetapi diteruskan sehingga akhir Jun disebabkan mengambil kira faktor pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada rakyat.
"Saya nak maklumkan sewaktu pandemik COVID-19, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Sementara untuk minyak masak berbotol bagi satu hingga lima kilogram pada Ogos 2021.
"Ini membantu rakyat ketika itu berada dalama kesusahan sewaktu pandemik. Program ini sementara untuk tiga bulan, dengan kos sebanyak RM55 juta sebulan dan bermula pada Ogos 2021," jelasnya lagi.
BACA: Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM
Bagaimanapun kerajaan ujar Ismail Sabri mendapati bahawa minyak masak berbotol banyak diselewengkan dan diseludup oleh pihak tertentu.
Justeru itu katanya, kerajaan mengambil pendirian untuk memansuhkan program subsidi berkenaan.
"Kerajaan mendapati bahawa minyak masak berbotol bersubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan diseludup.
"Jadi melihat kepada penyelewengan yang berlaku maka kerajan telah membuat keputusan iaitu tiada keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol kerana tidak lagi menepati objektif untuk ktia perkenalkan.
"Kerana tujuan kita perkenalkan untuk membantu rakyat ketika pandemik COVID-19. Sekarang kita sudah fasa endemik, rakyat telah bebas keluar dan sebagainya jadi tiada keperluan lagi," ujarnya lagi.
Justeru beliau berharap agar Keluarga Malaysia tidak terkeliru dengan pengumuman kerajaan itu.
"Walau bagaimanapun subsidi minyak masak kampit berjumlah 60,000 tan metrik setelah dilaksanakan sejak dulu diteruskan seperti baisa.
"Saya harap Keluarga Malaysia faham tentang perkara ini dan tidak lagi terkeliru seolah-olah kerajaan menarik subsidi minyak masak, sebenarnya subsidi minyak masak dikekalkan," katanya lagi.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai.
Fareez Azman
Wed Jun 22 2022
![Subsidi minyak masak botol dimansuhkan, susulan penyelewengan - PM Subsidi minyak masak botol dimansuhkan, susulan penyelewengan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642576047_cookingoilminyak.jpg)
Kerajaan mendapati bahawa minyak masak berbotol banyak diselewengkan dan diseludup oleh pihak tertentu. - Gambar hiasan
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738945634_MohamadHasan.jpg)
Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad
Mohamad menekankan keperluan ketelitian dalam menangani isu tersebut, mengambil kira sifat konflik yang kompleks.
Langkah penyusunan semula bagi pastikan petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.
Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.
Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.
![870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan 870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733631055_minyakmasakpeket.jpg)
870 peket minyak masak disita, simpan melebihi had ditetapkan
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 petang setelah menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket secara borong.
![Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731583521_TanSengLee.jpg)
Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.
![KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731446173_AzmanIsmail.jpg)
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
![PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731316318_Wanted.jpg)
PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand
Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
![Peniaga sorok minyak peket, enggan jual kepada pengguna Peniaga sorok minyak peket, enggan jual kepada pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730025587_minyakpeket.jpg)
Peniaga sorok minyak peket, enggan jual kepada pengguna
Puluhan kotak minyak masak peket disorokkan dalam stor penyimpanan sebuah kedai di Jalan Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri.
![Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000 Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729234184_TBCourtHammer.jpg)
Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000
Seorang peniaga barangan runcit didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam atas pertuduhan menjual minyak masak melebihi harga kawalan.
![Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728392656_YDHSACNorzaidbin.jpg)
Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan 1,336 kes penyeludupan barang kawalan bagi tempoh 2022 hingga September lepas di seluruh negara.
![KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725723135_KPDNKELANTAN.jpg)
KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula
Pemeriksaan terhadap sebuah kereta menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.
![KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722003584_minyak.jpg)
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
![Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721268369_tbminyakmasaksubsi.jpg)
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.