KOTA KINABALU: Pemberian subsidi bagi beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak adalah untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada bekalan yang mencukupi pada harga terkawal.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata langkah itu penting kerana tahap permintaan tinggi bagi beras itu di Sabah dan Sarawak namun bekalan serta pengeluaran BPI di tahap yang rendah menyebabkan harganya melambung di pasaran.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu berkata ketika ini, agak sukar untuk mendapatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran kerana bukan musim menuai, justeru negara terpaksa bergantung kepada BPI.
"Pihak pemborong di Sabah seperti Sazarice dan TKC telah bersetuju supaya BPI yang telah dibeli oleh pasaran runcit dan pasar raya sebelum 5 Okt dijual pada harga baharu.
"Perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak pemborong berkenaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga BPI di Pasar Raya Bataras Jalan Gaya di sini hari ini.
CHAN-BERAS 2 KOTA KINABALU
Mulai 5 Okt lepas, kerajaan bersetuju memberikan subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik BPI di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi membolehkan ia dijual pada harga runcit RM31 untuk pek 10 kilogram.
Chan juga berkata kerajaan berusaha meningkatkan pengeluaran beras putih tempatan khususnya di Sabah melalui Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Kota Belud.
Beliau berkata melalui program SBB iaitu kerjasama strategik awam-swasta bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pesawah menggunakan peralatan moden dalam penanaman dan pengeluaran padi.
"Bagaimanapun, program SBB belum dijalankan secara besar-besaran dan baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan bahawa beliau sedang mengenal pasti 50 hektar di Sabah dan Sarawak untuk penanaman padi," katanya.
Chan berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah juga bercadang untuk melaksanakan program pembangunan bersama bagi mewujudkan jelapang padi di negeri itu.
Beliau berkata sumbangan pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak di peringkat nasional sangat rendah iaitu antara tiga hingga empat peratus sahaja.
Mengulas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu kepada beliau pagi tadi yang membawa gelaran 'Datuk,' Chan berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada DAP untuk sebarang tindakan lanjut susulan dasar parti yang tidak membenarkan ahlinya menerima sebarang darjah kebesaran.
"Tidak mudah untuk saya menolak kerana saya adalah penduduk Sabah, penganugerahan ini daripada Kerajaan Negeri jadi saya terima dengan niat yang baik, cuma sekarang terpulang kepada parti untuk (memutuskan) isu ini.
"Kita perlu menghormati keputusan dan syor Kerajaan Negeri Sabah, jadi saya menyerahkan perkara ini kepada parti," kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat itu.
Chan merupakan antara 50 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-70 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
![Subsidi pastikan rakyat Sabah, Sarawak dapat bekalan beras putih import pada harga terkawal - Chan Subsidi pastikan rakyat Sabah, Sarawak dapat bekalan beras putih import pada harga terkawal - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687936923_ChanFoongHin.jpg)
Chan berkata ketika ini, agak sukar untuk mendapatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran kerana bukan musim menuai, justeru negara terpaksa bergantung kepada BPI. - Gambar fail/Bernama
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732875851_pasaraya.jpg)
Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember
Bernas bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.
![BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712379090_SyedAbuHussinHafi.jpg)
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
![Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711868285_berasputih.jpg)
Wujudkan satu gred harga bagi beras putih - Syed Abu Hussin
Kerajaan dicadang untuk mewujudkan satu gred harga beras putih di negara ini bagi mengelak sebarang manipulasi Beras Putih Tempatan (BPT).
![Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710847701_TBMOHAMADSABUjp.jpg)
Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok
Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok.
![Perkenal Beras Putih Malaysia MADANI bukti komitmen kerajaan tangani masalah rakyat Perkenal Beras Putih Malaysia MADANI bukti komitmen kerajaan tangani masalah rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702267540_SyedAbuHussin.jpg)
Perkenal Beras Putih Malaysia MADANI bukti komitmen kerajaan tangani masalah rakyat
Pengenalan Beras Putih Malaysia MADANI, satu insiatif berpandangan jauh dan membuktikan keazaman kerajaan dalam menyelesaikan isu rakyat tanpa mengambil masa yang panjang.
![Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696299258_TBBERAS.jpg)
Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov
Pelanjutan tempoh bagi mempergiat operasi terutama di Sabah dan Sarawak susulan isu penyeludupan beras putih import ke negara jiran.
![Subsidi pastikan rakyat Sabah, Sarawak dapat bekalan beras putih import pada harga terkawal - Chan Subsidi pastikan rakyat Sabah, Sarawak dapat bekalan beras putih import pada harga terkawal - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687936923_ChanFoongHin.jpg)
Subsidi pastikan rakyat Sabah, Sarawak dapat bekalan beras putih import pada harga terkawal - Chan
Pemberian subsidi bagi beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak adalah untuk memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada bekalan yang mencukupi pada harga terkawal.
![Empat langkah intervensi tangani isu beras mampu stabil bekalan - Pakar Empat langkah intervensi tangani isu beras mampu stabil bekalan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696299409_TBBERAS.jpg)
Empat langkah intervensi tangani isu beras mampu stabil bekalan - Pakar
Ia langkah strategik yang amat diperlukan bagi memastikan bekalan beras mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik.
![Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693643718_rice.jpg)
Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi
Kebenaran pembelian BPI pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi.
![SOP lesen borong beli BPI pengusaha restoran diperincikan SOP lesen borong beli BPI pengusaha restoran diperincikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695723399_TBMohamadSabu.jpg)
SOP lesen borong beli BPI pengusaha restoran diperincikan
KPKM melalui Pejabat Kawalselia Padi dan Beras akan mengadakan pertemuan bersama pemegang taruh berhubung perincian SOP pemberian lesen borong itu.