KOTA KINABALU: Ada pelajar yang sudah bekerja dan sudah berkahwin antara dipercayai faktor seramai 984 calon di Sabah tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin berkata, pihaknya tidak menolak masih wujud keciciran daripada mengambil SPM, namun angkanya telah berkurang berbanding tahun lalu iaitu seramai 1,564 calon.
"Pelbagai faktor sebenarnya. Ada yang sudah bekerja, ada yang sudah berkahwin dan ada juga yang sudah meninggal dunia.
"Itu antara faktornya tetapi InsyaAllah kita akan lihat bagaimana untuk kita bantu anak-anak yang kurang berminat untuk ke sekolah ini.
"Masih (ada keciciran) tetapi berkuranglah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman peperiksaan SPM Tahun 2023 di Wisma JPNS di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas terdapat seramai 984 calon daripada 38,800 yang mendaftar peperiksaan tersebut tidak hadir untuk mengikuti peperiksaan SPM.
Mengulas lanjut, beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan situasi tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada pelajar itu sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup di masa hadapan.
"Agak membimbangkan kerana kesannya akan kita lihat kemudian di luar sana nanti, dalam bidang pekerjaan dan juga dalam kehidupan secara menyeluruhnya.
"Kerana SPM ini membuka banyak peluang di luar sana.
"Dengan SPM ini, mereka boleh melakukan perkara lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Jadi, sekiranya anak-anak kita ini tiada SPM, akan menjejaskan sikit kelangsungan hidup mereka nanti," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 di seluruh negara tidak hadir menduduki peperiksaan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 27 2024

Nurani Fauziah ketika ditemui pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM 2023 di Wisma JPNS, Kota Kinabalu pada Isnin. - Foto Sinar Harian
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Sudah kahwin, kerja antara faktor calon tidak duduki SPM
Ada pelajar yang sudah bekerja dan sudah berkahwin antara dipercayai faktor seramai 984 calon di Sabah tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.