KUANTAN: Nelayan Pahang mengakui sudah lali dengan aktiviti pencerobohan yang mencuri sumber protein di perairan negara ini.
Bahkan, mereka mengakui sering berdepan dengan nelayan asing yang agresif dan tidak pernah berasa bersalah menceroboh perairan negara ini.
Sinar Harian dimaklumkan, setiap kali nelayan tempatan berada di laut, hasil tangkapan berkurangan akibat dicuri oleh nelayan asing.
Shahrul Bahrin, 48, berkata, isu nelayan asing tidak pernah selesai sejak puluhan tahun lagi, bahkan nelayan asing itu semakin berani memasuki kawasan perairan negara untuk menjalankan tangkapan.
Katanya, teguran daripada nelayan tempatan juga tidak diendahkan kerana mahu mengaut hasil tangkapan banyak.
“Tindak-tanduk nelayan asing ini rakus meraih hasil lautan di perairan Malaysia dan tanpa rasa bersalah menggunakan alatan tangkapan terlarang.
“Nelayan tempatan terpaksa bersaing untuk mendapatkan hasil dan kami juga perlu menjaga lautan agar hasil laut terus ada, tapi mereka (nelayan asing) pula sebaliknya,” katanya kepada pemberita di Jeti Nelayan Kampung Beserah di sini.
Shahrul yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, keberanian warga asing menceroboh perairan disebabkan ada kru yang melindungi kegiatan itu.
Jelasnya, nelayan asing juga dikesan berada di lautan berhari-hari berbanding bot tempatan.
“Kita berada di lautan sehingga 8 jam sahaja tetapi mereka boleh menjalankan tangkapan hampir 24 jam kerana bot yang lengkap,” katanya.
Roziami Beraim, 47, pula mendakwa kerakusan nelayan asing mengaut hasil lautan negara semakin ketara sejak tujuh tahun kebelakangan ini.
“Mereka menggunakan kaedah tangkapan ikan yang diharamkan untuk memperoleh hasil lebih lumayan.
“Kaedah tunda ganding begitu berkesan memperoleh ikan dalam jumlah banyak, namun menjejaskan hidupan laut termasuk merosakkan terumbu karang,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 05 2022

Nelayan Vietnam (warna merah) aktif mencuri hasil laut di perairan pantai timur Semenanjung. Gambar kecil dari kiri: Shahrul, Rozaimi. -Foto Sinar Harian
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

'Sudah lali dengan pencuri hasil laut di perairan negara'
Mereka mengakui sering berdepan dengan nelayan asing yang agresif dan tidak pernah berasa bersalah menceroboh perairan negara ini.