SEGAMAT: Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa itu menjadi pegangan hampir rata-rata penduduk Kampung Batu Badak, di sini yang menyediakan bot fiber di kediaman masing-masing bagi menghadapi kejadian banjir yang berlaku saban tahun.
Ternyata pelaburan penduduk kampung yang menempatkan lebih 30 keluarga itu tidak sia-sia, bahkan mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa keluarga tersayang.
Bagi Mohammad Yahaya, 49, bot fiber dan enjin yang dibeli sejak beberapa tahun lalu itu adalah hasil titik peluh bekerja sebagai penoreh getah bagi memudahkan kerja-kerja memindahkan kira-kira 12 ahli keluarganya ketika banjir.
Menurutnya, bot dan enjin yang bernilai lebih RM8,000 itu banyak membantu mereka sekeluarga dan penduduk setempat untuk keluar dari kawasan yang tenggelami banjir dan berteduh ke kawasan yang lebih tinggi.
"Kawasan ini berhampiran dengan Sungai Muar iaitu kira-kira satu kilometer dari penempatan kami, jadi apabila paras air sungai ini naik, pasti rumah kami dinaiki air.
"Walaupun kebanyakan rumah di sini dibina lebih daripada 14 kaki tetapi, ia masih dinaiki air dan kami anggap ini perkara biasa kerana rumah dekat dengan sungai," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Mohammad berkata kejadian banjir besar yang dialaminya pada 2006 dan 2011 adalah lebih teruk berbanding kali ini apabila rumah penduduk di kawasan itu ditenggelami air sehingga bumbung rumah tidak kelihatan.
Jelasnya, air di kawasan tersebut akan mengambil masa lama untuk surut dan boleh mencecah sehingga sebulan untuk kembali seperti biasa.
Tinjauan Bernama di kampung tersebut mendapati kawasan kediaman masih ditenggelami air dengan penduduk meletakkan bot fiber mereka berhampiran jambatan Seberang Batu Badak, Segamat.
Beberapa penduduk kampung membina khemah di jalan tersebut bagi memastikan bot berkenaan tidak dicuri atau hanyut dibawa arus air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
Laluan jalan raya ke Segamat dan Kampung Batu Badak hampir ditenggelami air akibat bencana banjir yang mencecah kedalamam sehingga 14 kaki. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.